Thursday, May 21, 2009

DSN vs DSZ di Mahkamah Rayuan Hari Ini

Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? DS Nizar atau DS Zambry? Mahkamah Tinggi telah membuat penghakiman bahawa DS Nizar merupakan Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei 2009. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan telah memberi penangguhan ataupun ‘stay order’ terhadap keputusan itu pada 12 Mei 2009.

Mahkamah Rayuan akan putuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah pada hari ini. Seluruh rakyat Malaysia menunggu dengan penuh harapan bahawa Mahkamah Rayuan akan membuat satu penghakiman yang adil dan saksama.

Kes ini akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie.

Dua Perkara akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan pada hari ini iaitu,

1) Mahkamah Rayuan akan bersidang pada jam 9.30 pagi hari ini untuk mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

2) Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengisytiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Pembicaraan yang diadakan pada hari ini di mahkamah Rayuan Kuala Lumpur adalah siri pembicaraan yang mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya warga Negeri perak yang menantikan sinar baru politik negeri itu yang nampaknya terus berlanjutan.

Kemenangan DS. Nizar di mahkamah Tinggi sebenarnya telah menaikkan kembali martabat dan imej badan kehakiman dimata rakyat. Semuga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada DS. Nizar di Mahkamah Tinggi.

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya rakyat Perak akan mendapat penghakiman dengan penuh keadilan berasaskan prinsip kebenaran.

1 comment:

  1. Ramai beranggapan keputusan tidak memihak DS Nizar...

    ReplyDelete