Thursday, March 26, 2009

UMNO takkan berubah: Orang Baru, Sistem Lama

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging dan 'wirid' harian. Malah ianya sudah berakar umbi. Apatah lagi sistem, perlembagaan, undang-undang serta peraturan malah amalan dalam sesuah organisasi tersebut sudah berakar umbi sejak sekian lama.
Lebih malang lagi Islam yang sepatutnya menjadi asas dan matlamat perjuangan diletakkan setaraf dengan biro pertanian dan sebagainya. Maka sudah pasti sebarang cakap dan tutur kata untuk membaiki sesebuah parti hanya tinggal retorik dan angan-angan kosong.
Itulah yang bakal terjadi kepada Umno. Walaupun sebahagian besar pimpinan Umno iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketiga-tiga Ketua sayap Umno adalah orang baru namun saya yakin Umno tidak akan berubah dari stail dan perangai lama. Ini kerana sistem, undang-undang dan peraturan dalam Umno masih sama cuma orang yang bertukar.
Rasuah, fitnah-memfitnah, penyalahguna kuasa, zalim, tohmah, caci-mencai, 'cah keting' dan sebagainya sudah tentu sukar untuk dikikis dari Umno kerana hanya iman dan Islam yang dapat mengawal dan membasmi semua perkara jijik itu. Selagi Islam dikesampingkan (seperti yang Umno amalkan) maka selagi itulah segala sifat mazmumah itu akan terus bergentayangan dan menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno.

No comments:

Post a Comment