10.23am : Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin
11.00am : Masa bantahan tamat
10.14am : Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
10.00am : Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.
9.42am : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.
"Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang.
9.40am : Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.33am : Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang.
9.31am : Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.
9.20am : Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain.
9.17am : Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.16am : Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.
Antara pemimpin DAP yang hadir exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke yang ketua Pemuda DAP pusat (DAPSY).
Kelihatan pemimpin utama yang kelihatan berada dalam kemah BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden PPP, Datuk M Kayveas, dan pemimpin utama Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Rais Yatim, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Ali Rustam.
9.00am : Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".
8.56am : Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".
8.55am : Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.
8.45am : Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun.
8.40am : Hujan lebat menyebabkan orang ramai lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.
8.30am : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun
Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson.
8.23am : Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA".
Ada penyokong yang memakai baju-T bertulis "Tak Nak ISA", dipercayai merujuk kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad.
Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .
Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
8.09am : Seorang penunggang motosikal yang memakai jaket biru BN tersilap tempat dan mendapati dirinya berada bersama sekumpulan penyokong PAS.
Dia terus dikelilingi dan diboo oleh penyokong berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad - tempat perhimpunan untuk penyokong Pakatan Rakyat sebelum berarak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson.
Turut kelihatan di situ ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin Ali (MP Gombak) dan S Manikavasagam (MP Kapar).
malaysiakini
Saturday, October 3, 2009
PRK DUN N31 Bagan Pinang : PAS lawan BN
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Syawal seharusnya disambut dengan penuh keazaman untuk mengekalkan kebaikan dan terus istiqamah dalam setiap lunas amalan. Syawal yang bakal kita lalui kini perlu dihargai kerana ia mampu menjadi medan istiqamah amalan yang berpanjangan tidak kira dalam apa juga sudut setiap jiwa insan tidak mudah luntur dengan roh Ramadhan. Insyaallah...
Laungan takbir kedengaran sebaik sahaja senja melabuhkan tirainya…
|
Dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Ampun Maaf Zahir & Batin kepada kedua ibu bapaku, isteriku dan tiga puteriku serta seluruh ahli keluargaku (Tready Family) dan juga keluarga mertuaku di mana jua mereka berada.
Kepada teman dan rakan seperjuangan, dahulu dan sekarang, semoga persahabatan kita berkekalan.
Juga kepada seluruh ahli, penyokong dan saf kepimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party Malaysia (DAP) serta blogger Pakatan Rakyat beragama Islam di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
TAKBIR! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Tuesday, September 15, 2009
UBN Kompiden Menang : Penamaan Calon 3 Oktober, Hari Mengundi 11 Oktober
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali,"kenyataan Pengerusi SPR dipetik dari Mkini
pantau dan kawal aktiviti calon sepanjang berkempen? calon UBN kawal pantau bebetul ka? Tuan Pengerusi! selama ni pun Tuan Pengerusi dah banyak kali buat kejutan,, tak dak sapa pun yang terkejut?? PRK yang lepas-lepas, macam dah tahu dah peluang UBN akan kalah bergolek, SPR dah awal dah umum hari undi hari bekerja??? kali ni SPR umum hari mengundi hari ahad... Kenapa??? Kompiden atas langit UBN menang????? Boleh menang ka?
11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.
Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).
"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.
Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.
"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.
"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.
"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.
Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA
malaysiakini
Wednesday, September 9, 2009
Disingkir secara teratur dan sah!



"Semua dakwaan yang dibawa oleh Sivakumar terhadap Ganesan adalah remeh dan mahkamah tidak mahu campur tangan terhadap fungsi dan kawalan atau Sidang DUN."Apa yang penting, kerajaan sedia ada terus menjalankan tugasnya. Saya harap ini akan menghentikan keadaan tidak menentu di negeri ini dan pelbagai saman terhadap Speaker sekarang. Perjalanan sidang DUN terkandung dalam hak keistimewaan DUN dan tidak boleh dibicarakan atau dibawa ke mahkamah.
"Oleh itu, penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker dilakukan secara teratur dan sah,"
kenyataan Peguam Speaker Haram dipetik dari lidah UBN
Monday, September 7, 2009
Menteri Kabinet Najib Altantuya Biadab : Makan dikhalayak ramai, tak hormat pengunjung Bazaar Ramadan
ehsan : pas-miri
Friday, September 4, 2009
UMNO rosak imej Melayu dan Islam : demo mengarak kepala lembu 'berdarah' didalangi segelintir samseng-samseng UMNO yang ekstrem!










SHAH ALAM, 3 Sept : Sejak demonstrasi mengarak kepala lembu 'berdarah' yang dikatakan khalayak dicetuskan Umno Shah Alam sendiri, segelintir penduduk tempatan Seksyen 23 berdepan ancaman dan ugutan oleh pihak-pihak tertentu.
Beberapa responden yang ditemui Harakahdaily 30 Ogos lalu mengadu bahawa mereka turut diugut sejak berita kumpulan ekstrem itu disiarkan.
Tidak mahu identiti masing-masing diketahui lagi, ada dalam kalangan mereka sudah diugut supaya berpindah, kerana dituduh pemecah belah masyarakat tempatan serta sokong penganut Hindu walaupun diri bergelar penganut Islam.
Di kalangan mereka juga, ada yang menerima ugutan melalui telefon.
Ada juga yang didatangi sendiri pemimpin tempatan yang menyokong aksi ekstrem itu, lalu mengugut untuk memecahkan cermin kereta dan sebagainya.
Mereka juga enggan membuat laporan Polis kerana takut pihak terbabit terus mengugut serta menyerang mereka.
"Saya satu keluarga nak tinggal di sini lebih lama. Ini kira kampung halaman saya. Buat apa buat laporan Polis�kalau ia diperbesarkan, banyak lagi ugutan selepas ini," jelas salah seorang daripada responden terbabit.
Dalam pada itu, responden Rohaya Samad, Suri Rumah kelmarin membuat penjelasan semula berhubung kenyataannya 30 Ogos lalu.
"Bukan maksud akak (kononnya) Hj. Mahyuddin (Manaf, iaitu Pengerusi Penduduk Seksyen 23) membawa kepala lembu itu. Bukan akak yang kata (demikian). Akak bukan pemecah belah masyarakat seperti yang didakw," jelasnya.
Beliau juga menafikan bahawa beliau menerima sms kononnya penganut Hindu sudah membuat 98 aduan Polis berhubung insiden tersebut.
"Bukan 98 (aduan) yang akak kata. Akak kata 48 (aduan). Akhbar hari ini (1 September) laporan 52 aduan," ujarnya lagi.
Ditanya adakah penjelasan semulanya itu disebabkan ugutan pihak tertentu, beliau menegaskan 'tidak'.
Semalam, wartawan harakahdaily Zulfikar Mashoor sendiri turut menerima panggilan bermotif ugutan, disebabkan beberapa liputan setempat sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sewaktu mengulas isu terbabit menjelaskan amalan mengugut penduduk Syeksyen 23 itu adalah ekstrem adalah ajaran Naib Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri.
"Ancaman yang dilakukan oleh mereka ini adalah hasil didikan Hishamuddin (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) sendiri. Dia pernah mengangkat keris dalam pemilihan (PAU) kerana mengancam orang Cina di Malaysia," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa tindakan Hishamudin sebenarnya mengulangi ajaran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno, pada 1987 lalu.
Ujarnya lagi, inisiatif Hishamuddin mengunjungi pihak ekstrem terbabit, tidak mustahil akan mengundang sesuatu yang lebih buruk.
"Jadi bila Datuk Hishamuddin nak bertemu lagi dengan kumpulan (ekstrem) ini, ianya menunjukkan seolah-olah dia tidak rasa apa-apa terhadap tindakan eksterem yang dilakukan kumpulan ini terhadap penduduk Seksyen 23 khususnya, yang tidak mustahil akan mencetus provokasi yang lebih tegang," tambahnya.
Beliau juga turut mengulas hasrat kumpulan terbabit untuk bertemu pemimpin Hindu tempatan, setelah tindakan ekstrem mereka dipertikai khalayak.
"Kita bersetuju kumpulan itu bertemu Hindu Sanggam, tetapi pendekatan itu sepatutnya dibuat lebih awal. Bukannya selepas selepas mereka melakukan provokasi (dan) menghina agama orang lain (penganut agama Hindu)," katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mempertikai inisiatif Hishammuddin mahu turun bertemu kumpulan ekstremis terbabit; yang didakwanya sebagai 'samseng-samseng Umno'.
Dipercayai juga, beberapa ugutan tersebut sebenarnya untuk membendung orang ramai dari terus mengaitkan Umno dengan beberapa aksi ekstrem sebelum ini.
Beberapa kes ugutan sehingga sekarang menjadikan Umno terus dipandang serong, setelah demontrasi mengarak kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebelum ini sah didalangi oleh segelintir ahli-ahlinya yang ekstrem itu.
ehsan : HarakahDaily/TVA/Kelab GB/PKRN49
Thursday, September 3, 2009
Polis Raja Di Malaysia Era Najib Altantuya 'brutal'

















Dihalang bersidang, 6 ditangkap
[KEMASKINI] : IPOH, 2 Sept: Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.
Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.
Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap.
Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh.
Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap.
Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini.
Terdahulu kesemua ADUN berkumpul di Wisama DAP bagi sesi taklimat dan perbincangan tertutup sebelum turun untuk menuju ke Bangunan SUK melalui Jalan Istana.
Mengetuai perarakan ADUN tersebut adalah Yang DiPertua Speaker, V.Sivakumar, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng.
Perarakan tersebut bagaimanapun dihalang oleh pihak polis kira-kira 15 meter dari pokok yang pernah digunakan untuk bersidang 3 Mac lalu.
Tolak menolak berlaku apabila pihak polis langsung tidak memberi ruang kepada kesemua ADUN berkenaan memasuki kawasan larangan tersebut.
Dalam aksi tolak menolak tersebut, ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham dengan menggunakan pembesar suara beberapa kali memberi penjelasan dan meminta tidak dihalang untuk menuju ke bangunan SUK.
"Dalam perintah mahkamah ini menyebut, para penyokong tidak dibenarkan berkumpul dalam kawasan 30 meter dari bangunan SUK. Kami ADUN bukan penyokong," ujarnya sambil memegang salinan notis perintah mahkamah yang juga ditampal di beberapa bangunan berhampiran.
Datuk Seri Nizar dalam pada itu turut meminta pihak polis agar tidak bertindak kasar terhadap ADUN memandangkan bulan puasa.
Polis bagaimanapun tidak menghiraukan rayuan dan penjelasan mereka malah terus menambah anggota membuat kepungan menghalang pergerakan ADUN.
Dalam kekalutan itu, disebelah belakang pihak polis pula muncul sekumpulan pemuda berbaju kuning bertulis "Daulat Tuanku" membuat provokasi dan ingin bertembung bagi menghalang ADUN daripada memasuki Bangunan SUK.
Bagaimanapun kesemua mereka 'dijaga' pihak polis dengan baik dan kemudiannya diarah bersuarai secara baik.
Tidak berpuas hati dengan layanan polis terhadap kumpulan tersebut, ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat mula mempertikai tindakan polis yang jelas dilihat berat sebelah.
Ketika merakam aksi anggota kumpulan terbabit, jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley disentak kasar polis berpakaian biasa kerana didakwa manghalang tugas mereka.
Stanley yang berang dengan tindakan itu bagaimanapun sempat membalas kata-kata polis berkenaan sebelum dia dijatuhkan ketanah, ditindih beberapa anggota dan kemudian ditangkap.
"Saya pun buat kerja saya juga, kenapa you (polis) halang saya," balasnya agak berang pada waktu itu.
Dalam kekalutan tersebut, nama Dato' Ngeh disebut beberapa kali oleh Ketua Polis Ipoh sebelum dia ditangkap kerana menggunakan pembesar suara.
Pada masa yang sama, dua lagi ADUN, Chan Meng Kai dan Keshwinder ditangkap. Kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke balai polis Sungai Senam.
Melihat pergelutan itu, Nizar bagaimanapun mengarahkan kesemua ADUN bersurai menuju ke Wisma DAP bagi mengadakan sidang media.
[VIDEO MENYUSUL]
Pada sidang media tersebut, Sivakumar mengumumkan untuk mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage tengahari ini.
"Kita tetap akan buat sidang DUN di Hotel Herritage jam 11.30 ini. Kita buat ditempat selain Dewan Negeri kerana keperluan," katanya.
Dalam perkembangan lain, sejumlah anggota Perkida dikatakan mula berhimpun di perkarangan hotel berkenaan bagi menghalang ADUN bersidang.
[8.00 pagi] Jalan Ke Bangunan SUK ditutup.
Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini.
Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.
Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.
Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk ke sekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.
Lebih 300 anggota polis dilihat berkawal di kedua dua pintu masuk ke bangunan tersebut termasuk yang berpakaian biasa.
Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.
Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini.
[Berita lanjut menyusul...]
ehsan : tvpas09/PerakExpress/HarakahDaily/Malaysiakini/TVA/Kelab GB
Wednesday, September 2, 2009
Era Madey Mamak ke Era Najib Altantuya : 17 Perbuatan Khianat UMNO Terhadap Orang Melayu
- Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
- Melemahkan sistem kehakiman negara.
- Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
- Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
- Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
- Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
- Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
- Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
- Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
- Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
- Menyenarai awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
- Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
- Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria, 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
- Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
- Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
- Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
- Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
17 Perbuatan Khianat UMNO
Bukan satu atau dua, tetapi lebih dari sepuluh malah jika dibilang tidak cukup jari di tangan untuk memperjelaskan pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu. Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar, sebanyak 17 pengkhianatan telah dilakukan oleh Umno kepada orang-orang Melayu semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib. Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu.
"Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya, "jelas beliau ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar baru-baru ini.
Mahathir juga katanya, telah merosakkan sistem kehakiman negara. "Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," katanya.
Selain itu kata Kamaruddin, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno telah menarik balik royalti minyak.
"Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan," tambahnya.
Jelas Kamaruddin lagi, pada zaman Dr Mahathir juga, antara pengkhianatan yang dilakukan Umno adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.
"Ia secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek Sains dan Matematik," ulasnya.
Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato' Kamaruddin Jaafar:
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10.Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11.Menyenarai awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12.Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13.Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria, 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14.Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15.Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16.Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17.Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
TVA
Tuesday, September 1, 2009
Zambry MB Haram & Ganesan Speaker Haram Era Najib Altantuya : Raja Kudeta UMNO/BN
ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini
Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.
Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.
Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.
"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."
"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.
Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.
Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.
"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudah hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.
Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.
"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.
Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.
Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.
"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."
"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.
Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.
"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.
Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.
"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."
Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.
Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.
Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).
Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.
Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.
ehsan : PerakExpress/HarakahDaily
Thursday, August 27, 2009
Polis Raja Di Malaysia Era Najib Altantuya : Pengajaran kepada polis yang menceroboh
"Polis ni kadang-kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mahu dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan orang. Kita tak boleh biarkan semua ni berlaku atas benda yang belum tentu melanggar undang-undang. Jadi polis perlu ambil pengajaran,"
kenyataan Dr Hatta dipetik dari Harakah
Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, polis diarah bayar gantirugi
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.
Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.
Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan.
Pada sidang media siang tadi, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit.
Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian.
"Kes ini menjadi land mark (mercu tanda) dalam kes sivil dan memberi dorongan kepada petugas petugas PAS dan parti bahawa di mana mana premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara," ujarnya pada sidang media di pejabat agung PAS siang tadi.
Pada 10 Jun 2004, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangkap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas Pas Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.
Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam.
Biarpun ditahan namun tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap mereka.
Mereka yang diwakili peguam Hanipa Maidin dan peguam Fadhli Ramli kemudiannya telah mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Rompin berkenaan.
Jumlah gantirugi bagaimanapun belum dipastikan, Namun ianya akan dibuat dengan mengambil kira penahanan mereka selama 12 hari dan gantirugi- gantirugi lain.
"Polis ni kadang kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mahu dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan orang. Kita tak boleh biarkan semua ni berlaku atas benda yang belum tentu melanggar undang undang. Jadi polis perlu ambil pengajaran," ujar Hatta lagi.
Hanipa yang hadir sama pada sidang media tersebut memberitahu, beberapa kes pendakwaan seumpamanya yang melibatkan petugas dan pemimpin PAS tidak pernah kalah.
Antaranya kes Pendakwaraya melawan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Dzulkifli Ahmad dan kes membabitkan AJK PAS, Mohamad Sabu pada ceramahnya di Kuala Kelawang beberapa tahun lalu..
Hakim bagi kedua dua kes tersebut juga memutuskan perkara sama iaitu tidak salah mengadakan himpunan atau ceramah di premis persendirian.
"Setakat ni kes melibatkan petugas dan pemimpin PAS yang didakwa melanggar perkara 27 akta polis semua kita menang. Saya harap polis tak kacau lagi lepas ni, tapi kalu dia kacau lagi pun baguslah, kita boleh kaya sikit," ujar Hanipa berseloroh.
HarakahDaily








