Thursday, August 13, 2009

Rakyat didungukan, Duit diutamakan : 1Malaysia BN untuk orang kaya!

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"




Anwar : Pemimpin Rasuah Petualang Bangsa

Disebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional.

Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.

"Bukit Tinggi? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke-tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?," Anwar berkata.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasional lah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang-orang kecil," soal Anwar lagi.

Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat 1Malaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi.

HarakahDaily/TVA/Kelab GB

Pemimpin Umno/Bn bersikap sombong dan takkabur umpama memerintah di zaman Namrud dan Firaun, khianati ajaran ALLAH




Umno tergugat punca Anwar diserang, kata Nik Aziz

KOTA BHARU, 12 Ogos (Hrkh) : Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.

Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendakwa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu. Namun, tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat Anwar.

Ekoran itu, Anwar menghantar notis peguam kepada Muhyidin dan meminta agar kenyataan itu ditarik balik dan meminta maaf kepadanya.

Namun, ia ditolak oleh Muhyidin bahkan selepas itu, Umno Johor berhimpun di Paguh dan meneriakkan perkataan "Anwar pengkhianat" secara beramai-ramai. Mereka juga mencabar Anwar menyaman mereka.

Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.

(Gambar : Hubungan rapat antara Anwar dengan Nik Aziz dan Abdul Hadi)

Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.

ehsan : tvpas09/HarakahDaily

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) AL FATIHAH





Dikemaskini 1.20pm KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu. - mks.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

ehsan : asrirabbani.blogspot.com / HarakahDaily

Wednesday, August 12, 2009

DSAI ISYTIHAR PERANG, MUHYIDDIN TERDUDUK TERSEMBAB : Muhyiddin Pengkhianat Bangsa Sebenar!





Teguran Anwar Kepada Muhyiddin : Cermin Diri Sebelum Tuding Jari

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menegur Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan juak-juaknya supaya bermuhasabah, sebelum menuduh orang-lain pengkhianat bangsa.

Bercakap di suatu ceramah di Kemaman malam semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu meminta ahli Umno supaya melaburkan sedikit kuasa minda melihat siri laporan polis dan rasuah yang difailkan terhadap pimpinan parti perkauman itu.

Sejarah membuktikan, tegas Anwar, bahawa yang merampas tanah, yang merasuah, dan yang menyeleweng adalah dari kalangan mereka ini.

"Mereka boleh kata dan fitnah saya macam-macam. Saya cuma mahu ingatkan mereka, terutamanya Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, jangan kamu tuduh saya pengkhianat Melayu. Tanah orang Melayu mana saya ambil? Saham mana saya rampas? Projek mana saya raih? Tunjukkan pada saya. Saya mahu tanya pada mereka, apa Muhyiddin tidak ada akaun bank dalam dan luar negara? Saya mahu ingatkan pada beliau, jangan sampai saya isytihar perang nanti kamu terduduk tidak dapat jawab pendedahan-pendedahan saya," kata Anwar.

Pada malam itu, Anwar menyorot perhatian hadirin kepada tabiat pemerintah yang bercakap mengenai pembelaan hak melayu, namun dalam masa yang sama menjarah harta negara untuk diri dan kroni.

"Negara kita tidak ikut kedaulatan undang-undang. Apabila orang kecil curi motor, curi lembu, dia ditangkap bahkan dipukul. Kalau pemimpin Umno, MCA dan geng-geng mereka ambil wang juta-juta ringgit, polis dan SPRM buat-buat tidak nampak. Satu gunung Umno bagi pada taukey judi, dan hari ini mereka tuduh kita pula yang khianat," kata Anwar.

Pemimpin reformasi itu berkata Pakatan Rakyat tidak berminat dengan permainan politik Umno-BN, kerana agenda reformasi dan politik pembaharuan yang dibawa gagasan pembangkang jauh lebih besar manfaatnya untuk rakyat.

"Minda kita harus dibuka, jika tidak kita akan ditipu. Hasil minyak misalannya harus diserahkan kepada negeri yang mengeluarkannya dan rakyat negeri terbabit. Petronas telah diuruskan oleh anak-anak Melayu dengan baik sekali, tetapi yang kita pertikaikan adalah kemana duit-duit Petronas ini diambil dan dibelanjakan oleh kerajaan Pusat. Kemana pergi wang yang sepatutnya memperkaya rakyat? Sebaliknya yang kaya hanya dua tiga kerat orang," tegas Anwar.

TVA/Kelab GB

Tuesday, August 11, 2009

'big momma' ROSMAH PUAKA most popular : Pejabat PM laki BIG MOMMA yang punya! influence laki? manipulate GOVT? kos website BIG MOMMA? kacang!

Datin Seri Rosmah Mansor memecah rekod sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang paling popular dan paling kerap muncul di kaca TV, bahkan mengatasi Najib Abdul Razak. Demikian pandangan Ahli Parlimen Seputih Teressa Kok terhadap Rosmah.



Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan Rosmah gagal mendisiplinkan diri dan terjerumus mencampuradukkan kepentingan peribadinya dengan kuasa suaminya sebagai seorang perdana menteri.


Populariti Rosmah Kalahkan Najib

Datin Seri Rosmah Mansor memecah rekod sebagai isteri perdana menteri Malaysia yang paling popular dan paling kerap muncul dikaca tv, bahkan mengatasi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Demikian pandangan Ahli Parlimen Seputih Teressa Kok terhadap Rosmah.

Terbaru, Rosmah dilaporkan mempunyai laman webnya sendiri yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Dan Pengurusan Ketua Esekutif (SMPKE) yang bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kegiatan sehariannya khususnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri perdana menteri.

Berita Harian edisi 5 Ogos 2009 melaporkan Rosmah hadir ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi merasmikan laman webnya dengan capaian www.pmo.gov.my/datinrosmah

Apa yang dipertikaikan pelbagai pihak dan pemerhati politik adalah Rosmah telah menyalahgunakan sumber pejabat suaminya untuk kepentingan peribadi beliau dalam usaha mengapungkan dirinya di mata masyarakat Malaysia.

"Saya tengok Rosmah sudah ada laman webnya sendiri. Saya rasa agak hairan sebab dia isteri perdana menteri yang paling banyak kali muncul dalam kaca tv dan media. Kadang- kadang berita dia lebih banyak keluar berbanding suaminya. Saya tidak kisah kalau dia ada laman web atau blog. Tapi apakah kelayakan dia sebagai iateri perdana menteri menggunakan laman web perdana menteri? Sebab dia bukan anggota kerajaan. Dia hanya isteri perdana menteri sahaja. Isteri perdana menteri yang gunakan kedudukannya menjadikan dirinya begitu popular, di blog, laman web dan media. Muncul tiap-tiap hari. Adakah beliau sendiri ingin menjadikan dirinya orang yang memanipulasikan perdana menteri atau kerajaan kita?," ujar Teressa.

Rosmah sebelum ini dihambat kontroversi apabila video 'Rosmah Puaka' disebarkan secara meluas melalui capaian youtube. Beliau juga menarik perhatian ramai apabila nyaris menjadi mangsa ketidakpuasan hati mahasiswa yang nekad mensabotaj lawatannya di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam baru- baru ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan Rosmah gagal mendisiplinkan diri dan terjerumus mencampuradukkan kepentingan peribadinya dengan kuasa suaminya sebagai seorang perdana menteri.

"Ada perbezaan isteri perdana menteri memang ada keistimewaan. Seperti di Amerika Syarikat, 'first lady' diberi pengawal keselamatan dan kereta. Tetapi pernah suatu ketika anak Presiden Bill Clinton, Chelsea Clinton menemani bapanya ke luar negara. Orang tanya siapa yang bayar kos anak presiden? Dia kata 'saya sudah buat satu kesilapan. Saya akan bayar balik'. Ini membezakan di Amerika Syarikat apa yang 'first lady' boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi di Malaysia kita sudah bercampur aduk. Kita mempersoalkan adakah dia boleh guanakan laman web perdana menteri?,'" kata Santiago.

TVA/Kelab GB

Najib berjaya pikat Altantuya : Najib gagal pikat kaum India

Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam menyifat lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Batu Caves sebagai gagal memikat perhatian masyarakat kaum India apabila hanya kira-kira 5 ribu orang sahaja hadir untuk bersua dengan pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia.




Najib Gagal Tawan Masyarakat Kaum India

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menyifat lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Batu Caves sebagai gagal memikat perhatian masyarakat kaum India apabila hanya kira-kira 5 ribu orang sahaja hadir untuk bersua dengan pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia itu.

Semalam Najib sekali lagi cuba membeli hati masyarakat india dinegara ini dengan menjejak langkah arwah bapanya, Tun Abdul Razak, 30 tahun yang lalu. Najib buat pertama kalinya memijak tanah Batu Caves dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dengan niat ingin menawan kembali sokongan masyarakat India yang semakin menjauhi UMNO Barisan Nasional.

"Saya dapat feedback terutama sekali dari MIC, semalam yang datang tidak begitu ramai lebih kurang 4 hingga 5 ribu orang saja. Memang tidak ada sambutan macam 30 ribu atau 50 ribu orang. Sambutan tidak menggalakkan. Masyarakat India lebih mahukan kerajaan bantu mereka bukan hanya sekadar mendengar cakap perdana menteri saja. Masyarakat India kini sudah pandai tidak seperti 52 tahun dulu," ujar Manikavasagam.

"Pertama kali selepas 30 tahun seorang perdana menteri pergi ke Batu Caves. Dan beliau pergi ke sana untuk mendapatkan balik sokongan masyarakat India untuk kerajaan sedia ada," tambahnya lagi.

Seperti yang dijangka, Najib bersuara lantang menjanjikan pelbagai gula- gula politik antaranya dana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan untuk membantu kaum ini.

Najib juga merancang untuk menyediakan peruntukan kepada rumah anak- anak yatim Divine Life Society, selain berjanji untuk menjadikan pengurusan Batu Caves lebih kaya dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara ini.

"Perdana menteri kita Najib berjanji akan jadikan Batu Caves sebagai pusat kebudayaan. Ini pernah dijanjikan 10 tahun dulu oleh menteri besar yang lama Khir Toyo. Khir telah bagi tanah untuk wujudkan pusat kebudayaan tapi sehingga sekarang masih tidak ada apa- apa perkembangan. Sekarang Najib pula berjanji. Kita tidak mahu janji- janji, buat dulu," Manikavasagam berkata.

Manikavasagam menegaskan, Najib dan jentera kerajaannya kini terdesak meraih sokongan pengundi masyarakat India lantaran kelompok ini mula sedar dan mula menjauhi budaya pemerintahan korup yang sedang bernanah dalam UMNO Barisan Nasioanl kini.

"Saya rasa kerana masyarakat India sudah tolak kerajaan Barisan Nasional. Ini usaha- usaha beliau untuk memulihkannya tapi saya rasa rakyat sekarang sudah pandai. Saya ingat di pilihanraya Bukit Selambau, Kedah, 75 peratus masyarakat India masih sokong Pakatan Rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini juga berpandangan Najib akan melakukan apa sahaja cara bagi menawan hati kaum ini termasuk meniru gaya dan cara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan masyarakat india.

"Saya rasa perdana menteri kita tiru stail Datuk Seri Anwar kita. Ramai orang menggelarkan Datuk Seri sebagai Sivaji The Bos. Gaya ini memang datuk seri sahaja ada bukan Najib ada. Dulu dia tidak pernah sebut tapi untuk dapat sokongan masyarakat India balik, dia mula meniru cara datuk seri," kata beliau.

Manikavasagam juga diminta mengulas tinjaun atas talian Merdeka Centre yang mengatakan hampir 70 peratus masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib memimpin negara ini.

"Saya rasa tak sampai satu tahun lagi. Kita pun tidak tahu prestasi dia macamana. 70 peratus saya rasa, i don't think so. Prestasinya belum lagi setahun atau belum lagi 2 tahun. Macam- macam slogan dan kini 1Malaysia. Bunyinya sedap. Tapi kita tidak tahu adakah berjaya bantu masyarakat India, i don't agreelah," sanggah beliau.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramaniam sinis menyatakan tindakan Najib tidak lebih dari strategi mengumpul sokongan untuk berhadapan dengan pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Ini gimik politik untuk Najiblah. Dia mahu tarik undi orang India, itu saja, tak ada apa- apa pun. Tidak ada kesan punya. Semua orang pun tahu. Ini hanya satu tindakan untuk menarik undi kaum India saja," ujarnya lagi.

"Memang masyarakat India sudah minta dari kerajaan sudah lama. Ini semua gimik politik. Ini sekadar untuk tarik undi saja. Kalau kerajaan hendak buat, sudah lama dulu dia buat. Dia hendak tarik undi saja. Mereka terdesak sebenarnya," kata Subramaniam.

TVA/Kelab GB

Monday, August 10, 2009

Pemuda PAS siap sedia ke Permatang Pasir





tvpas09

Ali Rustam! cermin muka kamu! apa kat dahi tu?






PRK DUN Permatang Pasir : 17 Ogos Penamaan Calon, Hari Mengundi 25 Ogos



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.



malaysiakini

Video : Ceramah DSAI di Bandar Cukai, Kemaman

Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di Kampung Cina Bandar Cukai semalam.



Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat ceramah bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di Kampung Cina Bandar Cukai semalam.




Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam

KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,

”saya kata macamana Tan Sri Khalid? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.

(Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun turut berucap dalam majlis ceramah semalam)

Mentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.

Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.

Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri.

>>Dengar Ceramah Anwar di Kerteh, Kemaman di Buletinonline Radio>>

GUAN ENG : Permintaan melampau, tiada lagi rundingan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.




Guan Eng : Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.

Walaupun kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk, namun tuntutan RM3.5 juta ini, kata Guan Eng, telah melampaui batas.

“Jangan membuat tuntutan yang berlebihan, kita menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat ditempat asal mereka bernilai hampir RM600 ribu di Pulau Pinang.Mereka tiada peluang duduk di rumah teres dua tingkat, malah ramai rakyat di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang sebegini.

“Sekarang mereka menuntut rumah yang bernilai RM3.5juta. Saya rasa kerajaan negeri telah buat apa yang mampu, kita serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Kalau mereka tidak mahu, itu terpulang mereka mungkin mereka boleh mencari orang luar yang boleh menuntut sebuah rumah bernilai RM3.5juta,” katanya.

Guan Eng menambah rakyat Pulau Pinang telah mendengar hujah dan kenyataan dari semua pihak, yang menunjukkan penduduk kampung sering bertukar fikiran. Rundingan awal bersama penduduk yang menghasilkan persetujuan positif sebelum ini akhirnya terbantut dengan sikap sebegini.

Kampung Buah Pala bertitik-tolak dari penempatan tanah estet penjajah British, dan tanah penempatan ini diserahkan semula kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebaik-sahaja Malaya mengecapi Kemerdekaan.

Pihak kerajaan negeri bagaimanapun membenarkan penduduk Kampung Buah Pala menetap diatas tanah tersebut melalui Lesen Penempatan Sementara atau TOL.

Kerajaan BN menjual tanah Kampung Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, yang kemudiannya mengikat kontrak dengan Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukan projek pangsapuri mewah di tanah terbabit.

Kes ini dibawa ke muka pengadilan, namun keputusan mahkamah memihak kepada pemaju. Selepas siri-siri tunjuk perasaan dan perbalahan, kerajaan negeri akhirnya campurtangan dan menawarkan cadangan supaya pemaju memperuntukkan sebahagian tanah itu untuk penempatan Kampung Buah Pala.

Dalam pada itu juga, penduduk ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM600,000 di negeri pulau yang semakin kesempitan tanah itu.

Penduduk menolak tawaran ini atas alasan rumah dua tingkat ini hanya akan siap dalam masa dua tahun, dan sementara menunggu kediaman baru mereka siap, mereka hilang punca tidak tahu menetap dimana.

Memburukkan lagi keadaan dengan campungan pihak-pihak tertentu. Isu Kampung Buah Pala bertukar panas apabila masalah ini menjadi perbalahan kaum selepas pemimpin Hindraf menuduh kerajaan negeri mahu menghapuskan apa yang mereka dakwa kampung warisan masyarakat India.

Kontroversi ini bertambah huru-hara apabila Hindraf beria-ira mahu membawa kes ini kepada Unesco supaya badan dunia itu menarik balik status Kotaraya Warisan yang dianugerahkan kepada Georgetown kerana membenarkan penempatan sementara ini diratakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia adalah susah untuk berunding dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana mereka asyik menukar fikiran dan semalam Pengerusi Pertubuhan kampung tersebut membuat laporan polis terhadap beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

MIC, yang turut beria-ria mendapatkan kembali keyakinan masyarakat India, menawarkan RM3.2 juta untuk membeli tanah itu dan menyerahkannya secara percuma kepada penduduk.

Kerajaan negeri, yang turut didesak supaya membeli tanah itu pada harga RM3.2 juta, bagaimanapun tidak mampu berbuat demikian kerana undang-undang menetapkan bahawa urusan tanah tidak boleh diuruskan sewenang-wenangnya, tidak sepertimana dibawah pemerintahan BN dahulu.

Nilai tanah Kampung Buah Pala dianggarkan mencecah RM100 juta ringgit.

TVA/Kelab GB

Sunday, August 9, 2009

Next state election, Pakatan Rakyat will take over Sarawak - Anwar

“Sarawak and Sabah are the richest states in Malaysia and yet the people of the two states are the poorest. But their chief ministers are the richest chief ministers in Malaysia,”


‘Injury time’ before Pakatan takes over Sarawak

BAU, Sarawak - Pakatan Rakyat is giving the state Barisan Nasional ‘injury time’ before it takes over the Sarawak Government, Anwar Ibrahim declared here last night.

“We are giving them ‘injury time’. If there is no score, then we will win on ‘penalty kicks’,” he said, adding that when the state election comes, Pakatan will take over Sarawak.”

Speaking at a dinner in Kampung Sudoh, a Bidayuh village near here, the opposition icon exhorted the people of Bau to come and work together in the opposition coalition to make a difference.

“We must not only hope and wait for BN leaders to do something to make our lives better. That cannot work, we have to make the changes ourselves” Anwar said.

Blackmail Umno and PBB

Bau, just 20km from Kuching, is the heartland of the Bidayuhs who are noted to be the most politically articulated community among the Dayaks. They have voted for many opposition candidates in the past but had also backed the government on several crucial occasions.

Calling Bidayuhs “heroes”, Anwar said that they had dared to stand up to defend their rights, their land and their way of life.

They had been BN supporters for the past 46 years and had been grossly mistreated and neglected, he said, pointing out that they are now brave enough to come out and join PKR.

“Umno and PBB leaders are now frightened of the trend that many young Bidayuhs are joining PKR in droves. So they gave the Bidayuhs RM4 million, even though they have never asked for it in order to stop them from supporting PKR.

“But what is RM4 million, you should ask for RM8 million. If they give RM8 million, they you ask for RM16 million and you should continue to blackmail Umno and PBB leaders so that more will be forthcoming,” Anwar said.

“Bidayuhs are really smart and they are heroes,” he said to the applause of more than 2,000 Bidayuhs at the dinner.

The dinner was organised in conjunction with the opening of PKR Mas Gading Service Centre in Bau by Anwar.

At the dinner, Anwar received 800 applications to join PKR, the majority of them are young people and ex-civil servants. Last week 500 applications forms from Mas Gading PKR division have been sent to PKR headquarters in Kuala Lumpur.

Anwar said that during the State BN’s 46-year rule, it had never helped the poor; instead they helped themselves and their families by squandering the wealth of the state.

“Sarawak and Sabah are the richest states in Malaysia and yet the people of the two states are the poorest. But their chief ministers are the richest chief ministers in Malaysia,” he said.

'You are part of the struggle'

New recruit and former MCA veteran Chua Jui Meng, who accompanied Anwar told the gathering why he left MCA and joined PKR.

“I believe that PKR is fighting for all people with its many reform plans. And I believe Anwar can do it,” he said, pointing out that it was his wish to see that the country is reformed so that all races can stand tall and proudly say they are Malaysians.

Earlier Anwar had a brief meeting with Bidayuh leaders from Serian, Mambong and Mas Gading divisions and told them that they were part of struggle to bring change and reform to Sarawak.

“We are here to help you. The Dayaks have been marginalized far too long. Let us work together to bring change. You are part of the struggle,” he said.

Earlier, Anwar was given a traditional Bidayuh welcoming ceremony on his arrival at the village.

Interestingly, just this week, Prime Minister Najib Abdul Razak has directed his Cabinet minister to visit Sarawak regularly in order to understand the problems there and help the people in the state.

DEBAT PEMUDA PAS-UMNO PADA 13 OGOS, DENGAN SYARAT KJ MESTI HADIR!

Debat antara Ketua Pemuda Umno dan rakan sejawatannya dari PAS mengenai isu rasuah di Malaysia ditetapkan pada 13 Ogos ini.

Debat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu hanya akan berlangsung jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri turun membahaskan topik dan tidak mewakilkan tugasnya pada pihak ketiga.


“Pemuda Pusat mengambil keputusan bersetuju supaya Ketua Pemuda hadir pada 13 Ogos di Dewan Perhimpunan Cina dengan syarat Ketua Pemuda UMNO turut hadir. Kita akan tarik diri sekiranya selain daripada Ketua Pemuda Umno hadir,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.

Perbahasan itu bertajuk : Rasuah dan Masa Depan Malaysia, Dimana Peranan Pemimpin Muda Politik.

TVAntara

52 tahun UMNO perintah negara, kaum Melayu antara yang termiskin!

Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, masuk PAS 7 bulan yang lalu berkata, apa yang nak dibanggakan dengan UMNO yang memerintah selama 52 tahun.




UMNO Parti Melayu, Parti Islam

Pemimpin UMNO Mengarut, Menipu!

KUALA NERUS - Dakwaan pemimpin UMNO bahawa parti itu adalah sebuah parti orang-orang Melayu dan juga parti Islam disanggah oleh Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan.

Beliau yang telah menjadi ahli UMNO selama 29 tahun berkata, dakwaan tersebut adalah mengarut dan satu penipuan oleh pemimpin UMNO.

”Kita nak tanya dengan (pemimpin) UMNO, macamana yang dia boleh menganggap parti dia tu parti Melayu parti Islam, sedangkan menurut definasi dalam perlembagaan, UMNO ni bukan parti Melyu (dan) parti Islam,

”sebab ahlinya terdiri dari orang Kadazan, orang….. berbagai-bagi lagi di Sabah yang menganut ugama Kristian,

”jadi tak betul kalau dia kata UMNO parti Melayu, parti Islam…. Itu mengarut…menipu,” kata beliau yang telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS tujuh bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa, sempena Program Bersama Pemuda Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan, apa yang perlu dibanggakan oleh rakyat Terengganu berbanding dalam kemajuan yang telah dicapai sejak UMNO memerintah negeri ini.

Untuk dengar atau download ceramah penuh sila ke Buletinonline Radio

BuletinOnline



POLIS ENGGAN SERAH KAD PENGENALAN PESERTA ANTI ISA



Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya.


Pemuda PAS : Polis Enggan Serah Kad Pengenalan Peserta Anti-ISA

Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya.

Sebaliknya polis mengarahkan mereka membuat laporan kononnya kad pengenalan berkenaan hilang.

Tidak ada alasan diberikan mengapa polis bertindak sedemikian, walaupun ia jelas melanggar undang-undang, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.

“Kami mendapat maklumat bahawa tahanan pada 1 Ogos berkenaan sebahagian besar daripada mereka, walaupun telah dibebaskan tetapi kad pengenalan mereka tidak diberikan semula oleh polis kepada mereka yang dibebaskan.

“Malah polis menasihati mereka supaya membuat laporan kad pengenalan berkenaan hilang. Pada hal Polis tidak meyerahkan kad pengenalan kepada mereka. Kita minta polis segera berbuat demikian tanpa mengenakan apa-apa syarat,” kata Azman.

Pemuda PAS Pusat sendiri mengesan sekurang-kurangnya tujuh orang dari Johor yang yang ditahan polis semasa himpunan berkenaan belum mendapatkan kembali kad pengenalan setelah dibebaskan.

Menurutnya, Pemuda PAS juga kesal dengan tindakan ganas polis terhadap orang awam pada 1 Ogos ternyata tidak profesional malah mengakibatkan peniaga mengalami kerugian besar.

Pada 1 Ogos lalu polis menahan secara rawak 589 orang termasuk ahli politik, wanita dan kanak-kanak yang dikatakan meyertai perhimpunan berkenaan. Ribuan rakyat disembur dengan air bercampur kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata kerana mendesak pemansuhan undang-undang zalim ISA.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat palsu kononnya peniaga-peniaga di sekitar Masjid India boleh membuat tuntutan pampasan akibat perhimpunan itu kepada PAS.

“Surat ini kononnya ditandatangani oleh Nasaruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini palsu kerana beliau bukan timbalan sebaliknya Ketua Pemuda," katanya.

TVA/KelabGB

Video Klip ‘Keganasan Polis’ dikeluarkan satu persatu

Buletin Online telah memaparkan artikel berkenaan keganasan polis yang dihantar oleh seorang pengunjung, berdasarkan penafian yang oleh Timbalan Ketua Polis Negara Mohd Bakri Zidin.

Dibawah artikel tersebut dipaparkan sebuah video klip yang di ambil dari rangkaian you tube bertajuk ‘polis ganas gila’.

Beberapa hari kemudian, video klip tersebut telah dikeluarkan dari laman you tube dan pautan berkenaan telah diarahkan kepada pautan yang tidak munasabah.




Siapa pun yang mengeluarkan video tersebut dari laman you tube dan apakah niatnya mengeluarkan video tersebut pasti ada kaitan dengan penafian polis dan realiti yang berlaku sebenarnya.

Pengeluaran video tersebut juga membuktikan, walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menapis kandungan internet, namun tindakan sebaliknya berlaku.

Walau bagaimana pun masih ada beberapa pautan yang lain boleh di lihat video klip tersebut. Dibawah dipaparkan pautan berkenaan.



BuletinOnline

Friday, August 7, 2009

Gobind : Polis Mesti Luaskan Skop Siasatan

Plaza Masalam Shah Alam menjadi tumpuan inkues hari ini dengan koroner Azmil Muntapha Abas bersama semua yang terbabit mengambil masa kira-kira dua jam di bangunan ini.

Plaza ini seperti umum tahu ialah tempat kejadian yang turut menempatkan pejabat SPRM. Tumpuan inkues ialah di tingkat 14 dan tingkat 5 dimana mayat Teoh ditemui.

Tumpuan juga merangkumi bilik Teoh disoal siasat, sofa yang Teoh dikatakan merehatkan diri diatasnya serta tingkap di tingkat 14 darimana mendiang dikatakan jatuh.

Bercakap kepada media selepas inkues, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, memberitahu beliau mahu Polis menyiasat penemuan dua perkara baru yang ditemui semasa rombongan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Plaza Masalam hari ini.


Gobind bagaimanapun enggan menggulas lanjut mengenai penemuan berkenaan sebaliknya berkata ia akan dikemukan di mahkamah.

“Kami melihat secara teliti tempat kejadian iaitu tingkat 14 pejabat SPRM dan juga tingkat 15 yang dikatakan ada sebahagian pejabat SPRM. Kami juga mengadakan lawatan ke tempat mayat dijumpai. Dalam masa itu kami telah pun memohon agar polis menyiasat dua atau tiga perkara baru yang kita lihat dan saya rasa pihak polis akan memberikan bantuan dan kerjasama.

“Saya tidak boleh beri sebarang butir kerana kita harap siasatan lanjut dapat dilaksanakan kita akan beritahu di mahkamah kemudian,” katanya.

Dalam pada itu Gobind berkata, kesan sompek tingkap yang masih baru ditemui pakar terletak di ruang legar pejabat SPRM bersebelah dengan bilik pegawai penyiasat.

“Kita lihat ia sebagai ruang kosong, ruang legar yang tidak mempunyai apa-apa di situ. Ia bersebelahan dengan bilik pegawai penyiasat,”katanya.

Beliau juga menjelaskan siasatan polis setakat ini dihadkan atau berkisar terhadap dua teori iaitu Teoh terjatuh atau membunuh diri. Kata beliau siasatan polis tidak mencakupi teori kemungkinan Teoh dibunuh atau ditolak.

Teori itu kata beliau akan terus diikuti dan jika perlu beliau akan memohon koroner mengarah polis meluaskan skop siasatan.

Prosiding inkues akan disambung isnin ini.

“Isnin ini mahkamah akan diteruskan keterangan daripada patologi yang melakukan pembedahan. Selain itu saya difahankan tiga pakar termasuk seorang pakar pembedahan forensik, saya rasa ia akan mengambil masa keseluruhan Isnin dan Selasa. Hari Rabu kita akan teruskan dengan pakar forensik polis yang telah membuat siasatan di bangunan ini, mereka akan memberikan gambaran yang lebih teliti berhubung gambaran dan juga hasil siasatan dalam kes ini,” katanya.

TVA

Coroner Azmil Muntapha Abas visits MACC office at Plaza Massalam, Shah Alam

Coroner Azmil Muntapha Abas who is hearing the inquest on the death of political aide Teoh Beng Hock is this morning visiting Plaza Massalam in Shah Alam where the state MACC office is located.

Azmil arrived at the building at about 9.50am and headed straight to the 14th floor of the building. He was accompanied by lawyers, court officials and other personnel.



Reporters were however not allowed to join in the scene-visit nor enter the MACC office. They have been asked to wait at the lift lobby.


Teoh's body was found on the fifth-floor corridor of the building a day after he was taken in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission on July 15.

malaysiakini

SPR umum PRK DUN Permatang Pasir Isnin ini

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tentukan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Isnin ini, kata Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik di sini sebentar tadi.

sumber : lidahUBN



Malaysia's security act

Malaysia's Internal Security Act (ISA) has long been a controversial issue. The legislation, introduced shortly after independence from British colonial rule, is used to detain suspects who are deemed a threat to national security. The government defends the continued use of the ISA, saying it is necessary to protect citizens from potential terrorist acts. But critics say past Malaysian leaders have used the act as a subversive tool to suppress any political opposition.

101 East with presenter Fauziah Ibrahim looks at how the law will evolve under Najib Razak, the new prime minister, with guests : Zaid Ibrahim, the leader of People's Justice Party (PKR), Khairy Jamaluddin, a Malaysian government MP, and Denison Jayasooria from the National University of Malaysia.