Friday, July 16, 2010

Nik Aziz Tak Mahu Bincang Politik Dengan Muhyiddin

KOTA BAHARU, 15 Julai - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pada Jumaat ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

"Tapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO pada Khamis berkata, UMNO sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana UMNO menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan UMNO kerana PAS sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi UMNO tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.




Harakah harap SK, Roket diberi permit

KUALA LUMPUR, 16 Julai : Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah, Datuk Mustafa Ali berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempertimbangkan untuk memperbaharui permit dua lagi akhbar Pakatan Rakyat, Suara Keadilan dan Roket.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini, Mustafa berkata, KDN wajar memperbaharuinya bagi membuktikan wujud kebebasan media di negara ini seperti yang didakwa kerajaan.

"Saya mengharapkan juga pertimbangan yang sama diberikan kepada akhbar Suara Keadilan, Roket dan akhbar lain yang boleh menggambarkan wujudnya kebebasan media dalam negara kita.

"Di samping saya sambut baik, saya mengharapkan juga supaya pertimbangan itu dapat dibuat," katanya sambil mengesahkan menerima surat pembaharuan permit darip-ada pihak KDN semalam.


Setiausaha agung PAS itu juga berkata, tidak timbul soal Harakah tidak mematuhi arahan menjual akhbar itu kepada bukan ahli parti kerana sejak dahulu lagi, memang ianya dijual kepada ahli malah di muka hadapan akhbar juga dicetak 'untuk ahli sahaja' pada setiap keluaran.

"Memang pun kita jual kepada ahli. Sepanjang masa kita jawab surat KDN, perkara itu memang dinyatakan. Harakah memang letak di muka hadapan untuk ahli sahaja. Kita pun ada berbincang dengan pengedar, dan pengedar pun beranggapan ia dijual kepada ahli Pas. tapi untuk nak kenal pembeli itu ahli PAS atau tidak, payahlah," jelasnya.

Mustafa juga memberi jaminan bahawa mereka akan memberi kerjasama penuh kepada KDN.

"Kalau KDN lihat ada perkara yang perlu kita beri penjelasan, kita bersedia.Memang kita beri kerjasama sepenuhnya," katanya.

Sehubungan itu beliau memberitahu, Harakah akan diterbitkan seperti biasa bermula edisi Isnin ini.

"Kita tertinggal satu keluaran minggu ini, tapi bermula edisi isnin akan diteruskan dua kali seminggu seperti biasa," katanya.

Minggu lepas, sehari selepas lidah rasmi PKR, Suara Keadilan gagal memperbaharui permit, Harakah turut menerima nasib yang sama diikuti dengan lidah rasmi DAP, Roket.

Bagaimanapun, setelah pengarah urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mustafa bertemu dengan pihak KDN dan menyatakan surat tunjuk sebab, permitnya disambung kembali semalam.
Suara Keadilan dan Roket pula masih menunggu jawapan daripada pihak KDN.


Thursday, July 15, 2010

Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis

Penyiasat peersendirian, P Balasubramaniam berkata dia disoal selama tiga jam Isnin lalu oleh pegawai pendakwa Perancis, M Ryckewaert di Paris.

Ia diikuti dengan pertemuan selama dua jam sehari kemudiannya dengan pasukan peguam Perancis yang diketuai Joseph Breham, bagi pihak kumpulan hak asasi manusia Suaram untuk membawa kes tersebut ke mahkamah Perancis.

Menurut Balasubramaniam, dia memberitahu pihak Perancis apa yang dia tahu mengenai dakwaan pertemuan antara wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak mengupahnya Balasubramaniam untuk mengawasi Altantuya sebelum wanita Mongolia itu dibunuh pada 2006.

Balasubramaniam juga ditanya mengenai bayaran yang dilakukan oleh Razak kepada Altantuya dan pembelian sebuah pangsapuri di Mongolia oleh penganalisis politik itu untuk bekas kekasihnya itu.

Balasubramaniam juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, adik lelaki Najib - Nazim Abdul Razak dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan - supaya dia menukar kenyataan bersumpahnya, sehingga membawanya bersembunyi di India.

Dia juga memberi maklumat mengenai dua anggota Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah tahun lalu atas tuduhan mebunuh Altantuya.

Balasubramian juga ditanya mengenai individu dari Perancis yang dipercayai terlibat dalam perjanjian pembelian kapal selam yang bernilai berbilion ringgit itu serta butiran yang diberikan oleh Altantuya mengenai bayaran yang dibuat oleh Perancis kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki isteri Abdul Razak - Mazlinda Mahmood.

Dua nama rakyat Malaysia turut timbul dalam soal siasat tersebut - Mejar Rahim dan Abdul Rahim Saad. Bagaimanapun, tiada butiran didedahkan mengenai siapakah mereka dan apakah peranan mereka dalam skandal itu.

Siasatan itu dilakukan untuk mengetahui sama ada komisyen - yang haram di bawah undang-undang Perancis - telah dibayar dalam perjanjian pembelian kapal selam bernilai RM3.7 bilion antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis DCNS.

Nik Aziz cabar Umno tukar nama, dasar sertai Pakatan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (TMI) - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu.

“Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.

“Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat.

“Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua kaum dan agama.

Nik Aziz berkata, mereka mengundi PAS atas nama Islam dan tidak “masakan PAS dapat menang besar pada (pilihan raya) tahun 1990 dan 2008”.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS, kata beliau lagi.

“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya.

“Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab,” kata beliau sambil menambah:

“Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.”

“Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi,” katanya.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Nik Aziz pula berkata, beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai “apa juga perkara”.

Ketika ditemui pemberita di Kota Baru hari ini, Menteri Besar Kelantan berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

“Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Muhyiddin yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

Nik Aziz sedia temui Muhyiddin

PAS sudah tolak berunding dengan Umno

Wednesday, July 14, 2010

Only 11.2pc back Pakatan in Sarawak, says poll

KUALA LUMPUR 14 July 2010 (MM) - The Sibu by-election held last May raised some doubts as to Barisan Nasional's grip over Sarawak but a recent poll conducted by an independent body has proved otherwise.

According to the survey by the Merdeka Center, the findings of which were released Tuesday, most Sarawakians still support the BN.

"A total of 64.1 percent of the respondents threw their support behind the BN, an increase of 1.1 percent over the popular votes received by the ruling party in the 2006 state election," said Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) lecturer Faisal S. Hazis, who had conducted the survey titled "Between Continuity and Change: An Analysis of Voting Behavior in Sarawak 2010" for Merdeka Center.

Speaking at a media briefing here, Faisal said the survey conducted from January to April involved 518 respondents in Sarawak aimed at assessing their perception towards both the Barisan Nasional (BN) and opposition parties.

"In terms of perception towards BN, between 70 per cent to 80 per cent of those surveyed said they had positive perception of the BN's policies and actions.

However, he said respondents pointed out several shortcomings in the BN, such as internal rivalry and money politics.

"A total of 65.9 percent wanted the BN to take affirmative action (to resolve the problems) while 74 percent of them believed that corruption was a major problem in the country," he said.

Faisal said only 11.2 per cent of the respondents admitted that they were willing to vote for the opposition.

There were also negative impressions towards the opposition by respondents such as lack of unity, lack of ideas on economic development, corruption (11.4 per cent), weakness in administration (7.5 per cent), and weak leadership (4.8 per cent).

Voting behaviour in Sarawak

On factors influencing voting behaviour in Sarawak, Faisal said 36.9 per cent of the respondents chose contesting parties as the main factor, particularly the ones that could bring about development to the state.

"The other factors were issues related to the voters while choice of candidates remained as the third most important factor," he said.

Faisal also said it remained an uphill task for the opposition to take over the state as they needed to capture a minimum of 36 out of the 71 seats in the state.

"But there are only 12 marginal seats," he added.

At present, the opposition only holds nine state seats in Sarawak, with DAP (6), PKR (1) and Independent (2). - Bernama



SPR yakin BN, Pakatan panggil pilihan raya umum serentak

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab soalan berkenaan kemungkinan pilihan raya umum ke-13 negeri dan pusat berasingan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya baru-baru ini.
PUTRAJAYA, 14 Julai (TMI) — Sambil tidak menolak kemungkinan pilihan umum pusat dan negeri ke-13 boleh diadakan berasingan ekoran kepimpinan parti yang berbeza, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih yakin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan melangsungkannya serentak.

SPR meletakkan harapan agar trend mengadakan pilihan raya umum serentak di kedua-dua peringkat negeri dan pusat yang diamalkan sekarang, kecuali di Sarawak, akan berterusan walaupun negara berhadapan dengan tsunami politik Mac 2008.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum membabitkan beberapa negeri akan diadakan berasingan berbanding apa yang disaksikan di Semenanjung sejak negara merdeka.

“Benda itu (pilihan raya umum negeri) mungkin boleh berlaku... tetapi pada pandangan SPR, kami tidak suka benda itu berlaku.

“Kalau boleh kita ingin melaksanakan pilihan raya (umum) itu sekali kerana soal perbelanjaan, dari segi sumber manusia, dari segi masa. Jadi tumpu seratus peratus masa, sekali sahaja,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya.

Abdul Aziz memberitahu, menjadi harapan beliau kesemua pilihan raya umum pusat dan negeri diadakan serentak termasuk Sarawak pada masa-masa akan datang.

“Kita berharap begitu, saya punya harapan begitu. Kalau kita berkali-kali adakan pilihan raya, contoh macam pilihan raya kecil, yang kita kena buat dan menelan banyak duit, bukan sahaja duit, masa... masa anda, masa saya, duit anda, duit saya,” katanya.

“Yang idealnya begitu, kalau boleh. Tetapi macam Sarawak, dia punya tempoh mandat berakhir jauh... tempoh mandat berakhir sangat jauh.

“Bagi saya, kalau boleh pilihan raya umum ini diadakan sekali sahaja (di semua peringkat), semua senang,” kata beliau lagi.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Perdana Menteri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri akan mendapat perkenan Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.

Amalan itu membolehkan pilihan raya umum serentak bagi kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung sejak negara merdeka.

Bagaimanapun selepas pilihan raya umum negeri Sabah 1994, pilihan-pilihan raya selepas itu diadakan serentak bersama pilihan raya umum Parlimen iaitu sejak Umno BN memerintah negeri tersebut.

Pilihan raya negeri Sarawak masih diadakan berasingan daripada pilihan raya umum pusat.

Mandat semasa kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai 2011.

Sehingga pilihan raya umum 2008, hanya satu negeri di Semenanjung diterajui oleh pembangkang iaitu PAS.

Kelantan dipimpin sejak 1999 dan kerajaan negeri itu juga mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat sejak 1995.

Selain Kelantan, kini tiga lagi kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-DAP-PKR iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Abdul Aziz menambah, beliau tidak boleh buat apa-apa jika pembubaran dibuat pada tarikh yang berbeza hanya kerana kelainan dasar politik.

“Pilihan raya umum lalu, pembubaran dan hari pengundian sama. Tetapi kali ini disebabkan politik anda mahu tukar, ia adalah isu yang berlainan.

“(Pun begitu) jika anda tanya saya, saya tidak suka. Saya suka buat sekali lagi. Jadi senang, maksud saya menguruskan tenaga kita itu senang, memberi taklimat pun senang, sekali serentak.

“Ini kalau dia buat berasingan, negeri ini tarikh ini, negeri sana tarikh itu, aiyooo...,” kata Abdul Aziz yang bagi beliau pilihan raya umum ke-13 merupakan yang pertama sejak menerajui SPR.

Mengenai pendirian SPR sekiranya pilihan raya masih diadakan berasingan oleh beberapa negeri khususnya yang diperintah Pakatan Rakyat, Abdul Aziz berkata, mengikut undang-undang SPR perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.

“Kita akan tengok macam mana dari segi undang-undang sebab apabila mereka membubarkan, kita kena mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari,” katanya.

Tuesday, July 13, 2010

MP submits emergency motion on Penan rape

PKR Ampang MP Zuraida Kamaruddin submitted an emergency motion today to discuss whether the damning report by NGO Penan Support Group (PSG) alleging the sexual abuse of Penans in the Baram valley is symptomatic of a larger pattern of exploitation of the indigenous community.


Kementerian sangkal laporan Penan dirogol

Wanita Penan lahirkan anak berikutan dakwaan dirogol

Mkini

Dewan Penyokong akur bai’ah Pas

SHAH ALAM (SH) – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyokong penuh dasar-dasar ditetapkan Pas, termasuk bai’ah baru dan ikrar aku janji meletakkan jawatan dan membayar ganti rugi, jika tidak lagi bersama Pas.

Setiausaha DHPP, K Deepakaran berkata, sekiranya Pas menetapkan syarat sama jika DHPP dicalonkan sebagai wakil pilihan raya umum akan datang, menjadi tanggungjawab DHPP mendukung segala dasar diberikan Pas dengan amanah.

Menurutnya, apabila seseorang wakil dilantik sebagai ahli majlis atau calon pilihan raya, mereka adalah pendukung amanah rakyat dan jika mereka berpaling bererti mereka mengkhianati rakyat serta wajar menerima hukuman seperti disyaratkan dalam aku janji.

“Sebagai sayap Pas, ahli DHPP sudah sedia maklum dengan dasar parti itu dan ia tidak menjadi masalah.

“Jika hendak berjuang kita perlu yakin dengan perjuangan kita. Pasti tidak masalah untuk keluar parti atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau, yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang berkata, Pas melakukan tindakan yang betul sebagai langkah mengelakkan ahli atau penyokong meninggalkan parti.

Mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan aku janji patut dikenakan tindakan sedemikian kerana sebagai penyokong mereka perlu bersedia akur dengan dasar-dasar ditetapkan Pas.

“Sebagai penyokong yang bersama-sama dengan perjuangan Pas, kita perlu ikut dasar itu, kalau tidak bersedia, dari awal sudah beritahu dan tidak perlu sertai,” katanya.

Harakahdaily.net melaporkan, parti itu mendapati 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, Pas memberikan tempat kepada ahli DHPP apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kuota parti itu iaitu S Arun, yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor; S Lakshmanan, Kuala Selangor; Low Hock Khieng, Selayang serta Deepakaran.

Mereka yang dilantik telah mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Ali.

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperoleh ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis jika mereka tidak lagi bersama Pas.

Monday, July 12, 2010

Sesat : Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah

BANGI, 12 Julai (Hrkh) : PAS mengajak biro agama dan mufti Umno bermuzakarah bagi menentukan perjuangan parti mana antara keduanya yang sewajarnya dilabel sebagai sesat.

"Dalam PAS ada Majlis Syura, ada Dewan Ulamak, dan dalam Umno ada biro agama dan ada mufti yang dilantik kerajaan, mari kita muzakarah untuk tentukan siapa yang sesat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau ditemui pada majlis makan malam bagi mengutip dana RM1.7 juta bangunan PAS Kawasan Putrajaya di Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebagai parti ajaran sesat sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, Johor minggu lalu.

Menurut Tuan Guru lagi, yang menentukan sama ada sesebuah parti itu sesat atau tidak bukannya Umno, tetapi dasar dan prinsip parti tersebut.

"Yang menentukan sesat atau tidak, ini Al-Quran dan Hadis, kembali kepada Al-Quran dan Hadis. Kita sentiasa terbuka untuk muzakarah," ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis malam tadi, Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dalam pada itu, sewaktu berucap pada majlis tersebut, Tuan Guru berkata PAS perlu menyelamatkan rakyat di negara dari ajaran perkauman Umno dengan menyeru mereka kembali kepada ajaran Islam.

Pemimpin Umno, katanya telah menjadikan Islam di negara ini mengikut arahan mereka dan bukannya mereka yang mengikut ajaran Islam.

"Jika Islam ditegakkan Melayu akan selamat dan jika Melayu ditegakkan, Melayu tak selamat, Islam pun tak selamat.

"Orang bukan Islam pula jangan takut, Islam tidak memaksa mereka," katanya.

Menyentuh isu kerjasama PAS dengan bukan Islam khususnya DAP yang sering dimainkan Umno beliau menjelaskan, hubungan tersebut berbentuk kerjasama politik yang tidak menggadai prinsip Islam dan berbeza dengan hubungan Umno dengan komponen BN.

"Kerjasama Umno dengan MCA, MIC, Gerakan adalah secara wala’ (semua parti komponen kena patuh kepada Umno), menggadai konsep dan menggadai Islam.

"Kita bekerjasama dengan DAP secara tahaluf (kerjasama atas perkara yang sependapat) dan tidak gadai perinsip dan konsep kita," jelasnya.

Friday, July 9, 2010

PAS terus benci BN

KOTA BHARU (SH) - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan menanam sikap kebencian terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan ke semua tempat di negeri ini.

Tindakan itu sebagai reaksi balas keputusan Kerajaan Pusat yang enggan memberikan hak royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan,

“Di dunia saya kempen habis-habisan memburuk-burukkan menteri yang khianat kepada rakyat Kelantan yang tidak beri royalti petroleum, ini kerja fasiq dan maksiat merampas harta orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Armalah Darul Naim Kelantan, di sini semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membawa kes itu ke mahkamah kerana keengganan Kerajaan Pusat memberi hak kepada Kelantan sebagaimana yang dituntut.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersedia untuk menjadi saksi kepada kes berkenaan memandangkan beliau orang yang bertanggungjawab kepada isu itu ketika menjadi Pengerusi Petronas.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyeru kepada golongan ibu tunggal mendoakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein membuka pintu hati mereka supaya hak rakyat Kelantan itu dikembalikan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,” katanya.

Dalam perkemba- ngan lain, Nik Abdul Aziz mendakwa pertubuhan Al-Arqam dan UMNO sama-sama sesat dalam membawa fahaman Islam di negara ini.

“Al-Arqam dan UMNO serupa je sama sesat. Dia (UMNO) lawan Pas dalam pilihan raya. Puak-puak (mereka ini) ni mengarut,” katanya mengulas tindakan Pas Johor membuat laporan polis pada 5 Julai lalu terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Thursday, July 8, 2010

Majlis Fatwa kena isytihar jika benar Pas menyimpang daripada Islam

Siapa sebenarnya sesat

ALOR SETAR - Jika Pas parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.

"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.

Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.

Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.

“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, Pas sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.

“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah Pas lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.

“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.

Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.

“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.

Wednesday, July 7, 2010

AMK buat laporan SPRM terhadap KM

oleh Hazel Lee (SU)

MIRI – Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Persekutuan, Lopeng berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dua pengadu itu ialah Setiausaha Angkatan Muda (AMK) KeADILan Sarawak merangkap Naib Ketua Cawangan Miri Zulhaida Suboh dan Setiausaha Ranting Piasau, Chong Kon Fat selaku.

Aduan itu dibuat kepada Ketua Unit Siasatan SPRM Miri, Bartholomew Dangang David jam 11 pagi tadi.

Menurut Zulhaida, aduan itu bagi menggesa suruhanjaya berkenaan menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

“Kami membuat aduan berhubung isu salah guna kuasa oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud yang memiliki kemewahan di luar negara dianggarkan melebihi ratusan juta seperti yang telah didedahkan dilaman web sarawakreport.org,” katanya ketika ditemui Sarawak Update selepas membuat aduan kira-kira sejam.

Hadir sama menemani ialah lima lagi penyokong PKR Miri.

Dalam pada itu, http://www.sarawakreport.org/ mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin’ itu turut mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Di samping itu, laman tersebut mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu – Cahaya Mata Sarawak.

Salah seorang anggota PKR ketika ditemui di perkarangan SPRM Miri berkata, mereka hanya mencuba nasib untuk membuat aduan tersebut.

“Kami sedar peluang untuk laporan itu disiasat amat tipis.., kami merasakan aduan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa itu tidak akan disiasat sampai bila-bila. Namun lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Sarawak : Semua Bekerja Keras Untuk Tamatkan BN Pimpinan Taib Mahmud

Tuesday, July 6, 2010

Shafie biadab tuduh PAS sesat

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) : PAS menganggap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.

“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.

“Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” tanya beliau lagi.

Secara sinis, katanya PAS tidak mahulah mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran, sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan oleh PAS.

“Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS, maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS,” kata Idris.

PAS, katanya beranggapan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.

Tambahnya, macam mana Shafie boleh menuduh PAS sesat sedangkan ianya didukung oleh Tuan Guru dan alim ulama.

Suatu ketika dahulu, katanya PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan parti itu tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan ditahan di bawah ISA.

“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab itu untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” ujarnya lagi.

Baginya, Shafie cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menasihatkan Shafie sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi s.a.w.

“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yaasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” tegasnya.

Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (TMI) — Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

“Kali ini, perjanjian antara APCO dan Malaysia kini lebih bersifat terbuka. Di bawah perjanjian baru ini, kedua-dua pihak mempunyai opsyen untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sebelum kontrak berakhir dalam tempoh setahun ini,” kata sumber itu. The Malaysian Insider juga diberitahu, pegawai-pegawai APCO yang baru telah dilantik untuk menyelia terma dan syarat perjanjian terbaru ini.

“Juga wujud rasa tidak senang di kedua-dua pihak berhubung soal bagaimana (pertikaian) pelantikan APCO boleh tercetus dan ia tidak dapat dikawal ekoran liputan media dan cara isu ini ditangani.

“Kali ini, saya boleh mengatakan lima pegawai APCO yang baru dilantik untuk menyelia (kandungan) perjanjian baru ini, dan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Difahamkan, salah seorang pegawai utama merupakan bekas ketua komunikasi luaran pejabat ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat utiliti tempatan.

Pegawai-pegawai APCO yang berpejabat di Singapura enggan mengulas mengenai perjanjian baru antara pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma itu ketika dihubungi The Malaysian Insider menerusi emel dan panggilan telefon.

“Menjadi dasar APCO untuk tidak membincangkan kontrak secara terbuka,” kata jurucakap syarikat itu menerusi emel kepada The Malaysian Insider.

Firma itu yang berpejabat di Singapura, kini diketuai oleh bekas pengarah urusan Garry Walsh yang juga ketua akaun global bagi Microsoft, salah satu pelanggan utama APCO.

Isu APCO telah mendominasi sidang Parlimen yang lepas dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Sesi itu telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Anwar mendakwa beberapa pegawai tentera Israel utama berkhidmat dengan APCO.

Selain itu Anwar juga mengaitkan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib sebagai idea mirip One Israel yang dibangunkan untuk kepimpinan bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

APCO telah menafikan adanya hubungan dengan One Israel dan menegaskan, inisiatif 1 Malaysia sudah pun diilhamkan sebelum pelantikan firma berkenaan.

Pakatan cabar BN hadapi isu ‘bagaikan anak jantan’

Salahuddin mencabar pemimpin BN semalam. - Gambar oleh Choo Choy May (TMI)

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya berdepan dengan isu-isu semasa bagaikan “anak jantan”, bukannya menggunakan kuasa dan undang-undang termasuk Akta Hasutan bagi menghalang mereka daripada terus menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, tindakan kerajaan BN menggunakan Akta Hasutan adalah semata-mata untuk mengekang dan menghalang pergerakan pemimpin PR.

“Saya dan 15 ahli Parlimen PR lain didakwa di bawah Akta Hasutan dan semua dokumen serta fakta berkaitan akan disiasat di bawah akta tersebut.

“Kenapa kerajaan BN menggunakan Akta Hasutan? Ini kerana ia mudah untuk memenjarakan kami. Ingin saya tegaskan bahawa kami tidak akan lari ataupun menyerah kalah walaupun berdepan dengan risiko ditangkap,” katanya.

Yang terbaru akhbar salah satu komponen PR, Suara Keadilan berhadapan dengan risiko kehilangan permit penerbitan.

Permit yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu tidak diperbaharui lagi.

Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan BN supaya tidak memberi tekanan kepada PR.

“Lagi kuat BN tekan, lagi kuat PR akan menentang mereka. Tindakan BN secara terus menekan PR membuktikan bahawa BN sudah berada di ambang kemusnahan.

“Kenapa BN halang PR? Ini kerana mereka sudah tidak mampu menghalang hujah-hujah kami kepada rakyat.

“Kami tidak bawa hujah-hujah di kedai kopi ataupun tepi jalan tapi hujah yang kami bawa adalah bersama fakta sebab itu pemimpin PR dihalang,” katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wangsa Maju di Gombak dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Dr Tan Kee Keong, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Ketua AMK Fariz Musa dan sukarelawan Gaza Mustafa Mansur.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mempersoalkan tindakan kerajaan menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei dan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada Singapura.

“Kerajaan cakap status dua blok minyak iaitu blok L dan M adalah kawasan bertindih tapi senyap-senyap serahkan kepada Brunei.

“Kalau kawasan bertindih kenapa kerajaan tidak lawan, Pulau Batu Putih dan Pulau Sipadan kita terima tetapi kenapa dua blok minyak ini diserahkan bulat-bulat kepada Brunei? Tidak sangka begitu mudah kerajaan menyerahkan kedua-dua blok minyak tersebut.

“Selain itu dalam isu penyerahan Stesen KTMB di Tanjung Pagar, bagaimana kerajaan boleh menggadaikan stesen tersebut kepada Singapura? Tindakan kerajaan ini merupakan satu pengkhianat kepada Kedaulatan Negara,” katanya dihadapan kira-kira 500 orang yang menyertai forum tersebut.

Dalam pada itu, Tian Chua mahu rakyat negara ini agar menolak segala bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam ataupun luar negara.

Katanya, penindasan dan kezaliman harus ditentang oleh semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

“Kita harus tegas dan jangan sesekali berkompromi dalam menentang penindasan dan kezaliman yang berlaku.

“Segala bentuk kezaliman termasuk kekejaman yang dilakukan rejim Zionis di Palestin atapun dimana-mana harus ditentang oleh semua rakyat.

“Asalkan ada pelanggaran hak asasi manusia kita sebagai rakyat harus bangkit dan bertegas dalam perkara ini,” katanya dengan merujuk kepada serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara milik Turki yang sedang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza Mei lalu.

Tian Chua berkata PKR akan terus mendidik masyarakat tentang hak asasi manusai tersebut kerana ia adalah tanggungjawab bersama dalam menentang kezaliman yang berlaku.

“Tidak kisah orang Islam ataupun bukan Islam kita semua harus prihatin terhadap isu ini.

“Selain itu, jika berlaku kezaliman dihadapan kita jangan hanya mendiamkan diri sebaliknya menentang kezaliman tersebut.

“Ini kerana penindasan dan kezaliman yang dilakukan adalah fahaman rasis rejim zionis yang menzalimi rakyat,” katanya.

Friday, July 2, 2010

Nik Aziz : Ajar seks di sekolah macam ajar pencuri curi

KOTA BARU, 2 Julai (TMI) — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

“Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz (gambar) juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. — Bernama


Peringatan kepada pemberita, wartawan, blogger's & facebooker's sebar berita palsu dan fitnah



terengganukini

Kita tunggu apa jadi kepada ulama muda

Mohd Hosni Mubarak

Di sini saya menegaskan yang mana saya menafikan dakwaan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim, Fathul Bari dan Fadlan yang saya tidak diundang. Memang saya diraikan bersama-sama ulama yang lain, yang dikatakan 40 orang masuk Umno. Tak ada dibagitau sebelum itu majlis khas serah borang Umno jangan masuk, dan akhirnya saya dibenarkan masuk kerana dakwaannya saya beria-ria nak bersalam dengan PM, kata Shahidan. Saya menegaskan dakwaan Datuk Seri Shahidan itu tipu.

Dalam pengetahuan saya, yang mana hebat diperkatakan oleh media arus perdana sejumlah 40 ulama muda masuk Umno saya minta kepada Fathul Bari dan Fadlan buktikan, benar atau tidak sejumlah 40 ulama muda masuk Umno malam hari tu. Saya rasa tak cukup pun 40 orang, dalam anggaran 20 orang lebih je. Tapi kenapa dicanang dalam media 40 orang. Kalau tak termasuk saya dan kawan-kawan saya, kenapa kami disuruh berbaris dan bersalam dengan PM Datuk Seri Najib dan terus diumumkan, inilah dia barisan ulama muda masuk Umno.

Saya minta dan mengharap sahabat-sahabat barisan ulama yang lain kalau rasa dirinya tertipu dan teraniaya mari sama-sama bersama saya. Kita tunjukkan dan tegaskan pendirian kita mana golongan ulama, bukan golongan yang boleh dipermain-main dan dikotak katikkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Dari angka 100 turun 40. Itulah bilangan ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu . Tak mengapalah bilangannya kurang 60 tetapi hakikatnya memang ada ulamak yang masuk Umno Jumaat lalu.

Menurut akhbar Utusan :

Wakil kumpulan ulama, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

Baguslah jika itu niat mereka. Siapa pun tidak berhak menyekat mana-mana individu memilih dan menyertai mana-mana parti politik. Dengan penyertaan mereka ini ternyata aspek keagamaan dan kerohanian tandus dalam Umno, maklumlah Umno bukan sebuah badan siasah yang meletakkan Islam sebagai agenda perjuangannya.

Yang terbukti sampai hari ini mempertahankan agenda perjuangan Islam adalah PAS. Sama ada dalam keadaan menang atau tidak memerintah satu negeri pun itulah dasar dan matlamat perjuangan PAS dari dahulu sehingga hari ini dan insya Allah sampai bila-bila. Saya akui saya belum mengisi borang ahli PAS disebabkan saya belajar dan masih menumpukan pengajian dan menyambung peringkat master tetapi saya tahu matlamat dan perjuangan PAS.

Mengapa mereka tidak menyertai PAS?

Salah seorang jurucakap itu mengatakan PAS dah ramai ulama. Bagi saya mungkin Umno nampak lebih gagah, punya kuasa besar, memegang tampuk pemerintahan peringkat pusat. Maka sudah pastilah mengambil kira perhitungan dunia, Umno lah pilihan terbijak tambah kebanyakan mereka punya jawatan dalam kerajaan. Sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin. Anak-anak mereka nanti mudah nak dapat bantuan. Keluarga mereka juga. Mengapa mengambil jalan susah, megapa mahu pikul risiko,mengapa cari nahas?

Rasulullah s.a.w. ditawarkan menjadi raja, ditawarkan kedudukan, isteri yang cantik-cantik, hidup senang dan mewah, tetapi Rasulullah memilih untuk terus menerajui perjuangan ini kerana mengharapkan redha Allah swt.

Saya memetik ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibukukan dalam: Islam – Fikrah, Harakah dan Daulah, lebih 30 tahun lalu sempena Sambutan Abad ke 15 Hijrah di Kuala Terengganu:

Sebab Rasulullah s.a.w. menolak semua tawaran itu ialah yang pertama kerana golongan-golongan jahiliyah yang dipimpin oleh Abu Jahal itu mensyaratkan Rasulullah s.a.w. iaitu:

Wahai Muhammad awak boleh menerima jawatan menjadi raja. Awak boleh menerima harta. Awak boleh menerima pangkat. Syaratnya awak hendaklah mendiamkan diri terhadap kemungkaran, jahiliyah, kekufuran yang berlaku di Makkah ini. Awak nak sembahyang, bersembahyanglah. Nak berpuasa, puasalah. Nak tawaf di Kaabah, tawaflah. Nak mengerjakan haji, kerjakanlah haji. Tapi kami minum arak jangan ganggu. Kami berjudi jangan ganggu. Kami menyembah berhala jangan ganggu. Kami melakukan kufur dan jahiliyah jangan ganggu.

Semoga banyak perkara berkaitan keagamaan dan kerohanian dapat diterapkan dalam Umno melalui penyertaan kawan-kawan kita itu. Kita ucapkan kepada Fathul Bari dan Fadlan selamat mencuba dan semoga berjaya dalam Umno. Ramai ahli dan penyokong PAS mencabar ulama muda yang menyertai Umno supaya menghapuskan budaya rasuah/politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam Umno selama ini.

Selain itu mereka juga mahukan ulama muda mengubah perlembagaan Umno dan dasar perjuangan Umno dari nasionalis dan pragmatis kepada dasar Islam. Dan juga jangan lupa, ulama muda mesti dapat mengubah seluruh pemimpin Umno supaya komited dengan tuntutan agama khususnya bab menutup aurat dan akhlaq.

Seperti kemasukan ulama-ulama sebelum ini seperti Datuk Pirdaus, Imam Besar Masjid Negara, mana menghilang sekarang ini saya tak tau? Tuan-tuan tahu ke mana dia pergi? Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain mereka hanya duduk dalam Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.

Kalau ulama dan ustaz yang terkenal tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat macam mana dengan ulama muda 40 orang ni. Mampukah mereka mengubah Umno/BN? Kita tunggu dan lihat apa akan jadi dengan Fathul Bari dan Fadhlan.

Ulama muda : ‘Kami bukan wakil Asri di Umno’

Thursday, July 1, 2010

Nik Aziz arah semua pejawat awam berdakwah

KOTA BHARU, 1 Julai : Penjawat awam di Kelantan diarah melengkapkan diri dengan kemahiran berdakwah bagi membawa kecemerlangan kepada seluruh masyarakat selepas terbukti dasar Islam yang dilaksanakan telah mencipta pelbagai kejayaan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ucapan beliau di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam kompleks Kota Darulnaim pagi ini mahu setiap anggota pentadbiran mendalami ilmu dakwah supaya penyebaran Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terus berkembang dan diterima dengan baik.

Beliau yang membawa bersama sebuah buku karangan Dr. Yusuf Qardhawi bertajuk 'Thaqafatul Da'iyyah' meminta semua yang hadir membaca dokumen tersebut sebagai rujukan utama.

"Semua perlu telaah kitab ini, dan kepada yang tidak boleh berbahasa Arab bolehlah cari terjemahan," kata beliau di hadapan lebih 1200 penjawat awam yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sebagai negeri yang telah mencipta kejayaan dalam soal pelaksanaan Islam, Nik Aziz mahu penyebaran Islam diusahakan dengan lebih gigih supaya penerimaan Islam tidak diragui oleh mana-mana pihak.

"Islam adalah agama dakwah dan tugas berdakwah terletak kepada setiap individu muslim," kata beliau.

Rekod di Kelantan kata beliau menunjukkan Islam telah berjaya mewujudkan keadaan harmoni tanpa amalan buruk hasil kesedaran tentang wujudnya hubungan manusia dengan Allah.

"Tanpa kesedaran asas ini, kita tidak mampu berharap kepada mana-mana pihak termasuk polis, badan pencegah rasuah atau siapa pun bagi membendung sikap buruk manusia yang diruntun syaitan, " tambah beliau.

Menyentuh tanggungjawab penjawat awam dalam melakukan tugas seharian, beliau mahu semua mengingati bahawa konsep ibadah dalam Islam adalah tidak terhad kepada ibadat khusus seperti solat dan puasa samata-mata.

"Segala aktiviti kita dalam menjalankan tugas di pejabat seperti datang mengikut waktu, menyiapkan tugas, menjaga amanah di pejabat adalah dikira ibadah yang akan dibawa bersama apabila bertemu Allah di akhirat nanti.

"Oleh itu kita mesti melaksanakan segala tugas dengan penuh kesedaran dan keikhlasan," ujar beliau lagi.


****MUST SEE**** UMNO, 40 Ulamas & the Imam Muda reality show

Last week, UMNO president Datuk Seri Najib Razak welcomed 40 religious scholars into the party - we check out some priceless quotes from the press conference!



Somewhat related to that, Malaysia has launched an all new reality TV show in search of your Imam Idol - the first in the world. The show has already been name checked in The Wall Street Journal and The Daily Telegraph. It only made sense that we checked in with Randy Jackson, Paula Abdul & Simon Cowell for their thoughts.

popTV

Nik Aziz anggap pandangan peribadi Karpal Singh

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi.

Menurut Tuan Guru, beliau belum lagi mendengar secara rasmi DAP sendiri menolak Islam, kecuali penolakan daripada peribadi tertentu sahaja.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana DAP sudah bersatu dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya membentuk beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum lalu.

“Itu (tak terima konsep Islam) hanya pandangan peribadi Karpal sahaja, malah saya sendiripun sudah banyak kali bertanya, tak kena di mana Islam?

“You sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh, you tak terima Islam pun tak betul,”ujarnya lagi.

Sambungnya, Islam ada asasnya iaitu dunia ini bukan manusia yang punya tapi hak Allah.

Tegasnya, bila ianya hak Allah, makna setiap manusia itu tidak boleh pandai-pandai menolak Islam.

“Mulut saya yang bercakap ini, telinga dia yang mendengar bukan saya atau dia yang buat, mulut saya dibuat oleh Allah, telinga pada dia tu Allah yang buat, udara yang kita bernafas ini Allah yang buat,”ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam wawancaranya dalam sebuah portal semalam yang mendakwa tetap akan menolak kerajaan yang berkonsepkan Islam.

Bagi Karpal, Malaysia adalah sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil DAP mengubahnya untuk menjadikan negara Islam.

Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah

Kelantan lulus lesen arak, tegah judi

Wednesday, June 30, 2010

Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.

Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.

"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Taib has everything, Penans have nothing.....

TANGKAP ! TANGKAP TAIB MAHMUD

Mkini

KD TAR 'Jerung' Tanpa Gigi - Tian

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi akan memfailkan usul mendesak Kementerian Pertahanan menjelaskan pembelian persenjataan KD Tunku Abdul Rahman yang sehingga kini belum diserahkan meskipun tempoh jaminan kapal selam sudah luput Mei lepas.

Dewan Rakyat menolak usul Tian Chua semalam, seraya menyelamatkan Kementah dari menjawab desakan Pakatan Rakyat.

Justeru, Tian mengulangi gesaan supaya pemerintah Umno-BN tidak memperjudikan keselamatan negara dengan persenjataan yang sudah lemau.

“Ada reaksi mengatakan waranti tidak ada kena mengena dengan waranti misil. Tapi saya maksudkan sub marin. Nanti kita kena pasang misil. Kita perlu menguji peralatan itu baik ke tidak.Tidak guna ada sub marin tapi tidak boleh selam. Sekarang ini kita tidak tahu kapal itu ada 'powering fire' ke tidak. Sekarang kita tak boleh uji,

Katakan bila peluru berpandu dan torpedo sampai, waranti sudah abis. Kalau betul peralatan itu betul betul rosak, kita dah habis waranti. Kita kena bayar balik untuk dapat waranti,” kata Tian Chua.

Semalam, Tian Chua meminta kerajaan menjelaskan mengapa Malaysia membeli peluru berpandu dan torpedo Black Shark pada harga 20 peratus lebih tinggi dari yang diperoleh Pakistan dan Portugal.

Kementah minggu lalu mendedahkan Malaysia membelanjakan RM6.7 bilion untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.

“Saya mahu ulang sekali lagi kita telah dapat tahu harga perolehan peluru berpandu sub marin lebih mahal 20 peratus dari harga pasaran. Peluru berpandu dan torpedo sehingga kini belum sampai padahal waranti sudah mati pada hujung mei,” katanya.

tvSelangor

Tuesday, June 29, 2010

Kempen Tak Nak Judi diteruskan

1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group .

2. Saya tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara . Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.

3. Apa yang menghairankan saya ialah alasan Datuk Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Datuk Najib memberi beberapa alasan , antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama , pandangan rakyat dan kepentingan politik.

4. Secara positifnya saya bersyukur jika ia adalah alasan yang benar - benar melandasi tindakan beliau walau agak "ketinggalan keretapi" justeru agama bukanlah hari ini mengharamkan judi tetapi sejak ribuan tahun yang lalu . Sekurang - kurangnya UMNO kini mula mengambil kira soal agama setelah sekian lama agama sering dipinggiran sempadan parti UMNO , hanya diambil dan dibuang bila perlu .

5. Andai benar alasan - alasan itu mengasaskan tindakan UMNO kini , maka wajarlah UMNO dan BN merancang secara sistematik untuk menghapuskan semula segala maksiat dan mungkar yang telah didirikan sejak lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini . Sekurang - kurangnya untuk melihat 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara sifar maksiat dan mungkar yang dianjur dan diluluskan oleh kerajaan .

6. Saya insaf , membasmi maksiat dan mungkar yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita hari ini perlukan masa dan tindakan terancang serta berkesan . Persoalannya ...... apakah plan tindakan untuk Amar makruf dan An Nahyu A'nil Mungkar ini dilaksanakan dalam kerajaan UMNO dan BN ?

7. Umum melihat hari ini , maksiat dan mungkar kian bertambah dan implikasinya juga semakin parah . Peningkatan indeks jenayah , seks bebas , gejala buang bayi dan keruntuhan moral dari kalangan remaja semakin tenat . Bagaimana plan kerajaan untuk menanganinya?

8. Lambakan filem yang tidak bermoral malah melepasi sistem tapisan filem di penyiaran negara , aktiviti hiburan melampau tanpa had dan batas , sistem pendidikan yang rapuh dan tidak melahirkan insan yang soleh serta iklim sosial yang tiada kawalan halal haram oleh pihak berkuasa terus menjadi baja yang menyuburkan pertumbuhan maksiat dan mungkar dalam negara ini .

9. Kerajaan boleh mulakan dari perkara yang telah menjadi persepakatan antara agama seperti pengharaman judi . Selain semua agama menolak judi , kesan langsung judi kepada sosial rakyat dan negara kita juga parah dan membimbangkan . Kerajaan tidak perlu teragak - agak untuk menghapuskannya sebagaimana nekadnya tindakan kerajaan membatalkan lesen judi sukan baru - baru dengan alasan mengambil kira faktor agama . Tiada beza hukum agama pada judi suka dan judi mesin slot serta judi lumba kuda dan lainnya .

10. Saya menyokong tindakan Gerakan Membantah Judi [ GMJ ] yang dianggotai oleh 60 ngo untuk meneruskan Himpunan 3 Julai 2010 biarpun kerajaan UMNO dan BN membatalkan lesen judi sukan tempohari sebagai untuk mengekalkan momentum kesedaran rakyat menolak semua jenis judi .

11. Himpunan 3 Julai ini bukan lagi demonstrasi atau perarakan menuju istana negara tetapi Himpunan Tak Nak Judi di Masjid Negara bagi mendengar ucapan ,taklimat dan penjelasan para pemimpin ngo dari GMJ termasuk pemimpin parti politik yang menolak semua jenis judi . Sebagai contoh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen adalah antara tokoh - tokoh yang membantah semua jenis judi dari terus diberi ruang bebas beroperasi dalam negara kita .

12. Semasa muktamar PAS ke 56 berlangsung dulu , UMNO kecoh kata PAS hanya haramkan judi sukan lalu menuduh PAS sebagai hipokrit . Hari ini kita buktikan , bahawa PAS tidak hipokrit dan bukan sebagaimana yang didakwa , sebaliknya kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus berjuang membasmi semua jenis judi maksiat dan mungkar . Justeru itu , sekali lagi Dewan pemuda PAS menyatakan sokongan kepada hasrat GMJ untuk meneruskan himpunan 3 Julai dengan menukar Format menjadi Himpunan Tak Nak Judi.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


episodeperjuangan.blogspot.com

Ketua kaum di Sarawak dihentikan jika sokong pembangkang

SAMARAHAN - Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin.

"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini, hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata, oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

"Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan," katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

"Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Bekas guru Robert Sulis Ridu, 75, dilantik menjadi Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh manakala Chek Bujang, 59, seorang bekas guru agama, dilantik Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Melayu.

Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan.

ADUN Pujut dedah pembangkang buka taska untuk berdakyah

CARA HUTAN BALAK TERGADAI DI SERAWAK

Pemuda PBB tubuh unit siber untuk perjelas isu

SH

“Saya simpati dengan mereka” ~ TGNA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya http://www.blogtokguru.com/.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan.

“Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz.

Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam.

SH