Wednesday, February 24, 2010

Kes Perak : Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat

...hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana. Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang!!!

peguampas.blogspot.com/
Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!

Mohamed Hanipa Maidin,
AJK PAS Pusat
.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



Hanya kerana Lim Guan Eng bukan Melayu?

...kalau Lim Guan Eng hebat setara mana pun dia tidak layak jadi PM, bukan kerana dia tidak bagus tetapi kerana dia bukan Melayu. Ditakdirkan Lim Guan Eng menerima Islam pun, dipercayai Melayu Umno tidak akan bersetuju. Kenapa, kerana dia tidak bagus? Tidak, kerana dia bukan Melayu...

Zolkharnain Abidin

SATU - Lim Guan Eng diserang oleh orang Melayu Umno dan orang yang mengaku Melayu dalam isu perarakan maulud. Melayu Umno di Perlis dan Pahang yang turut diperintah BN tidak pula menyerang kerajaan negeri mereka walau pun tiada perarakan maulud. Bukan baru tahun ini tetapi semenjak lama.

Alasan mereka, orang Melayu Pulau Pinang adalah minoriti. Jadi, perarakan maulud perlu diadakan untuk menaikkan semangat orang Melayu pulau itu supaya lebih kuat.

Sekali imbas alasan itu seakan betul. Tetapi semenjak sekian lama Melayu Pulau Pinang mengadakan perarakan, adakah Melayu di negeri itu semakin kuat? Rasanya tidak. Kedudukan Melayu di sana begitu begitu juga.

Justeru, mengapa Melayu Umno Pulau Pinang pertahankan sangat perarakan? Kerana Islam atau kerana Lim Guan Eng.

Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Melayu, dan dia membatalkan upacara perarakan itu, rasanya orang Melayu Umno Pulau Pinang tidak marah.

Jadi mereka marah tiada perarakan itu bukan kerana perarakan itu tuntutan agama mereka tetapi kerana dia dibatalkan oleh Lim Guan Eng.

Melayu Umno pertahankan maulud bukan kerana agama tetapi kerana perkauman. Kerana Lim Guan Eng bukan Melayu.

DUA - Dr Aziz Bari kata, mengikut perlembagaan orang bukan Melayu boleh menjadi PM. Tambahnya, mungkin PM bukan Melayu lebih baik daripada Melayu. Contohnya, Lim Guan Eng yang dilihat lebih ikut buku dan lebih bekerja keras.

Percayalah, orang yang paling keras membantah pandangan pakar perlembagaan ini adalah orang Melayu Umno. Bagi mereka, hanya Melayu sahaja yang layak jadi PM biar pun Melayu itu korup atau lembik. Tak apa, asalkan Melayu.

Kalau Lim Guan Eng hebat setara mana pun dia tidak layak jadi PM, bukan kerana dia tidak bagus tetapi kerana dia bukan Melayu. Ditakdirkan Lim Guan Eng menerima Islam pun, dipercayai Melayu Umno tidak akan bersetuju.

Kenapa, kerana dia tidak bagus? Tidak, kerana dia bukan Melayu.

TIGA - Orang Melayu Umno marahkan Lim Guan Eng kerana kononnya dia mengutamakan Cina dan meminggirkan Melayu. Ya, Guan Eng memang Cina, dan kalau dia mengutamakan Cina, dia telah melakukan sesuatu yang betul.

Soalnya ialah, PM, TPM, sebahagian besar menteri adalah Melayu tetapi tidak membuat apa yang sepatutnya untuk orang Melayu.

Sepatutnya Melayu Umno marahkan menteri Melayu Umno yang tidak membela Melayu bukan marahkan Lim Guan Eng yang membela Cina.

Apakan daya, Lim Guan Eng adalah Cina dan dia dibenci oleh Melayu Umno hanya kerana dia Cina. Kalau dia Melayu bagaimana?

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Perlembagaan PAS tidak perlu dipinda : Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak

“Pinda boleh tetapi jangan disebabkan oleh tidak puas hati, sebab itu nak dipinda. Jangan layan permintaan seperti itu. Mustahil kita dapat puaskan hati semua pihak, sebelum ini tiada masalah pun, disebabkan segelintir pihak, habis kacau bilau. Yang buat kacau ni pun, muka-muka baru. Orang lama tak bersuara pun,”

ALOR SETAR - Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda dan masih relevan walaupun sudah lama diguna pakai dalam pentadbiran Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, desakan sesetengah pihak yang mahu Perlembagaan Pas dipinda semata-mata kerana tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak perlu dilayan, kerana ia hanya membuang masa.

“Tidak perlu pertikai sesuatu tindakan yang dibuat berlandaskan perlembagaan parti. Mereka yang mahu perlembagaan dipinda sebenarnya tidak faham mengenai perlembagaan dan anggap ianya boleh diubah sesuka hati,” katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu pindaan perlembagaan parti dibuat supaya Jawatankuasa Disiplin bukan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Ini kerana beliau dikritik hebat oleh beberapa pemimpin parti itu berikutan keputusan jawatankuasa yang diterajuinya terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pada 29 Januari lalu, yang dianggap berat sebelah.

Azizan berkata, Pas Pusat tidak perlu mengikut telunjuk pihak tertentu dan memenuhi permintaan tidak berasas seperti itu, sehingga mahu mengubah perlembagaan untuk memuaskan hati segelintir pihak.

Menurutnya, pindaan boleh dibuat tetapi bukan disebabkan oleh ketidakpuasan pihak tertentu yang mempertikai perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pinda boleh tetapi jangan disebabkan oleh tidak puas hati, sebab itu nak dipinda. Jangan layan permintaan seperti itu. Mustahil kita dapat puaskan hati semua pihak,” katanya.

Azizan berkata, sekiranya isu ini dibawa berbincang dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pusat, ia hanya membuang masa.

“Sebelum ini tiada masalah pun, disebabkan segelintir pihak, habis kacau bilau. Yang buat kacau ni pun, muka-muka baru. Orang lama tak bersuara pun,” katanya.

Menurutnya, perlembagaan parti sepatutnya dihormati dan tidak perlu dijadikan isu politik demi kepentingan pihak tertentu.

Azizan berkata, sebelum ini, kes yang dihadapkan dalam Jawatankuasa Disiplin termasuk pemecatan keahlian tidak pernah dipertikai, dan ini menunjukkan kesepakatan dalam kalangan ahli.

“Ada yang dipecat sebelum :ini tetapi orang itu tak pula membantah, atau pertikai keputusan dan tidak suruh pun pinda perlembagaan sebab tidak puas hati. Tidak perlu kita layan kehendak peribadi sebab: akan merosakkan parti,” katanya.

SinarHarian

Pemuda Umno sekadar berkokok saja, takut debat

..mereka hanya berkokok tetapi ekor bergelumang tahi kerana sepanjang berada di arena politik mereka gagal meningkatkan tahap ekonomi, sosiobudaya serta gagal membawa hala tuju perjuangan Melayu..

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 24 Feb : Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat jemputan debat oleh Pemuda Pakatan Rakyat kelmarin jelas menggambarkan sayap parti itu sekadar berkokok sahaja tetapi takut berdepan dengan fakta yang sebenar.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, tindakan itu juga menunjukkan Pemuda Umno itu tidak sanggup berhadapan dengan sayap Pakatan Rakyat yang dilihat lebih relevan menangani isu yang berbangkit.

Menurutnya, mereka hanya berkokok tetapi ekor bergelumang tahi kerana sepanjang berada di arena politik mereka gagal meningkatkan tahap ekonomi, sosiobudaya serta gagal membawa hala tuju perjuangan Melayu.

"Selama berada di arena politik, apa yang mereka perjuangkan untuk rakyat, tiba-tiba apabila kalah merekalah orang yang paling tinggi bersuara kononnya mahu membantu Melayu," tambah beliau.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali sewaktu dihubungi menyifatkan tindakan itu membuktikan tahap pemikiran pemuda Umno yang amat rendah dan tidak bertamadun.

Katanya, mereka langsung tidak menghormati usaha yang dibuat untuk membuktikan siapakah sebenarnya petualang yang sengaja mencari kesalahan tanpa fakta.

"Tindakan mereka itu tidak langsung nampak sikap beradab dan bertamadun malahan rakyat sendiri boleh mengukur betapa angkuhnya parti itu yang dikatakan membela nasib Melayu Pulau Pinang," katanya.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik pula berkata, Pemuda Umno hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanyalah alasan kerana sebenarnya mereka bimbang hujah yang diberikan terkena batang hidung mereka sendiri.

Ini, katanya kerana apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat laksanakan sesuai dengan kehendak semasa iaitu melalui tender terbuka tidak lagi berkonsepkan kroni semacam dulu.

"Kedudukan Umno makin parah bila mengoyak kertas jemputan debat. Maruah mereka jatuh teruk kerana takut berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat bukan Ketua Menteri kerana Lim mempunyai bukti kukuh untuk tolak tohmohan mereka," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

Harakahdaily

Tuesday, February 23, 2010

Sidang Media PR Perak - Kerajaan Mahkamah BN enggan kerjasama









perakexpress.com/www/

Anwar Ibrahim gave a powerful speech during a Chinese New Year open house organized by Abdul Malik, Adun Batu Maung





Penang Chief Minister, Lim Guan Eng gave a speech at the Batu Maung during an open house gathering organized by Abdul Malik, Adun Batu Maung.





Video by Jimmy Leow Beng Hock, Citizen Journalist

Hikayat terakhir Khairy dalam Umno

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang. Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.

KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'.

Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.'

Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk.

Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail.

Kepada siapa gelaran beruk itu dirujuk, atau mengapa beruk dijadikan modal politik bukan persoalan yang hendak dibahaskan sekarang.

Persoalan yang hendak dilontarkan penulis, dengan meminjam pepatah Melayu moden, 'beruk-beruk manakah' yang menggoncangkan pokok pemuda Umno, sehinga kedudukan ketua nya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergoyang?

Bukan goyang sikit-sikit, tetapi bergoyang macam dipukul ribut, sehingga ada desas desus mengatakan, di kalangan exco pemuda Umno mahukan Khairy meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda, kerana didakwa tidak efektif.

Pemuda Umno menunjukkan 'jalan keluar' kepada Khairy, bukan semata-mata kerana beliau tidak efektif. Soal efektif atau efisyen seseorang dalam menjalankan tugas, tidak penting dalam Umno.

Untuk mengelak persepsi negatif terhadapnya, Khairy membuat kenyataan politik, menafikan wujudnya masalah dalam pemuda Umno.

Namun, pergeseran dengan beberapa orang exco pemuda, khususnya Hishamuddin Yahya, jelas menunjukkan beliau tidak mendapat kepercayaan dari kalangan exconya sendiri.

Lebih parah lagi mereka dikatakan memberikan tekanan hebat, dengan mendesak Khairy meletakkan jawatan ketua pemuda.

Khairy seharusnya memahami, mengapa Umno sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi. Hakikat ini memang wujud. Bukan kerana Khairy dikecam anggota exconya. Indikator yang paling besar bahawa Umno tidak mengkehendaki beliau ialah, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak melantiknya ke sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini ada laporan mengatakan, Khairy tidak diberikan jawatan, kerana Najib mahu beliau menumpukan tugas mempertingkatkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Ini semua alasan politik semata-mata. Sengaja hendak mencari 'excuse' untuk tidak menjatuhkan 'air muka' Khairy dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib sudah menunjukkan pendiriannya dengan jelas. Dalam pertemuan pemuda Umno di Putrajaya, 18 Februari lepas. Najib enggan memberikan komitmen untuk melantik Khairy dalam kabinetnya, walaupun ada suara yang mahu beliau diberikan jawatan.

Khairy seharusnya memahami mengapa Najib enggan melantik beliau. Pertamanya, sudah tentu pelantikan Khairy akan dibidas Dr Mahathir. Semua orang tahu Mahathir memang betul-betul anti dengan Khairy. Najib tidak berani lantik Khairy kerana takut diserang Mahathir.

Faktor kedua, barangkali ada kebenarannya cakap-cakap dalam Umno, wujud kerenggangan antara Abdullah dengan Najib dahulu, antaranya berpunca daripada Khairy, dan perkara ini mendorong ramai kalangan penyokong Najib tidak menerima kehadiran Khairy.

Najib sudah menunjukkan sikapnya dengan jelas terhadap Khairy, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai PM ke-6, beliau menamakan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri.

Lebih jelas lagi apabila beliau melantik Dato' Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua pemuda Umno, sebagai Timbalan Menteri juga.

Khairy tidak dilantik apa-apa jawatan. Nasib Khairy sama dengan nasib Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada tahun 1993 yang lalu.

Zahid tidak dilantik sebarang jawatan kerana beliau dikenali sebagai 'budak Anwar' (bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang dikatakan banyak mengkritik PM Mahathir ketika itu. Zahid tidak dilantik kerana tidak disenangi Mahathir.

Jadi dalam kes Khairy ini, apakah tidak mungkin, Najib enggan melantik Khairy dalam kabinetnya, kerana Najib tidak menyenangi Khairy? Khairy bukan setakat budak, malah menantu kepada bekas PM, Abdullah.

Soalnya, kita tidak harus lupakan sejarah politik Umno pada tahun 1998, iaitu, wujud persepsi di kalangan penyokong Najib, bahawa yang sebenarnya layak menjadi TPM selepas Anwar disingkirkan ialah Najib, kerana Najib adalah Naib Presiden Umno yang memenangi undi paling tinggi dalam pemilihan Umno.

Mereka beranggapan tindakan Mahathir melantik Abdullah, sudah melambatkan peluang Najib menjadi PM, sejak Mahathir meletakkan jawatan pada bulan November 2003 hingga April 2009.

Perkara ini diakui Mahathir sendiri. Acapkali beliau menyatakan kekesalannya melantik Abdullah menjadi PM. Kebencian Mahathir dan termasuk puak Najib, terhadap Abdullah ketika itu disekalikan dengan kebencian terhadap Khairy.

Bukan soal Khairy tidak layak menjadi ketua pemuda atau anggota kabinet. Soal yang besarnya ialah, Khairy memulakan karier politiknya dengan cara yang tidak disenangi oleh orang-orang Umno.

Apabila wujud bad background ini, laluan Khairy untuk melonjak dalam politik Umno tidak akan mudah. Khairy melalui keadaan yang amat sukar sebenarnya.

Masalahnya Khairy dilihat begitu 'arrogant' sejak bapa mertuanya menjadi TPM dan PM ke-5.

Barangkali sifat Khairy tidak begitu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan tampuk kekuasaan, menjadikan persepsi orang Umno terhadapnya, sedemikian rupa.

Menjadi lebih bermasalah kepada Khairy, bukan sekadar puak-puak dalam Umno ini tidak menyukai Abdullah dan beliau sahaja. Malah, segala anak beranak, rakan taulan dan kroni-kroninya, semua sekali hendak 'dibakul sampahkan'.

Orang Umno sendiri yang membangkitkan betapa kemarahan mereka terhadap abang ipar Khairy, Dato' Kamaludin Abdullah, kroni-kroni di New Straits Times seperti Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Brendan Pereira. Turut dikaitkan ialah Dato' Patrick Lim atau Patrick Badawi.

Dari sudut sektor korporat, sebelum kejatuhan Abdullah, Khairy dan kroni dikaitkan dengan syarikat Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan juga penganjur pertandingan Monsoon Cup.

Itu belum masuk isu politik. Bagaimana 'geramnya' orang-orang Umno yang anti Khairy, terhadap langkah-langkah politik Khairy sebelum menang jawatan ketua pemuda. Malah semasa menjadi naib ketua, Khairy di'boo' beberapa kali dalam perhimpunan agung umno.

Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tuduhan orang Umno terhadap Khairy. Terlalu banyak alasan untuk mereka tidak menerima Khairy dalam Umno lagi.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkritik Khairy, tetapi fakta-fakta yang dipaparkan ini, atau yang dikatakan bad background inilah sebenarnya, yang mendorong exco pemuda Umno, berani mendesaknya meletakkan jawatan.

Bad background inilah sebenarnya yang bakal mempercepatkan kejatuhan Khairy dan susur galur politiknya tercatat dalam hikayat Melayu moden.

Untuk menyimpulkan kedudukan politik Khairy, penulis memetik perbualan telefon dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Hai, Rashidi, apa khabar," ujar Guan Eng menelefon penulis.

"Hai CM (Chief Minister), saya ok," balas penulis.

"Saya nak beritahu you, saya tengah bengang sekarang ini," katanya.

"You bengang dengan siapa pulak, Utusan (Utusan Malaysia) lagi ke?" soal penulis.

"Bukan, bukan. Itu Utusan satu hal, sekarang saya bengang dengan Khairy. Saya mahu bagi penjelasan pada dia pasal isu Maulid. Dia ada cakap dia mahu penjelasan. Jadi saya call dia. Tapi saya call dia beberapa kali, dia tidak jawab. Lepas itu saya guna satu saluran untuk reach (dapatkan) dia. Itu orang cakap, dia sudah beritahu, dia cakap Khairy tahu saya call, nanti dia akan call balik. Tapi sampai sekarang dia tiada call," ujar Guan Eng panjang lebar.

"Tak payah call dia lah, dia mesti tak mahu cakap dengan you punya," kata penulis.

"Ya lah, saya ingat pun dia tak berani mahu cakap dengan saya. Saya hanya mahu bagi penjelasan saja. Saya mahu dia faham ini semua fitnah," katanya.

"Haiya, kalau itu macam penatlah kerja CM, semua orang hantam you mahu kasi call, biarlah dia," usik penulis.

"Haiya, saya pun hairanlah, apa ini ketua pemuda. Saya ingat dia 'miskin' la. Tak faham kerja kerajaan. Ini pasal (kerana) dia belum jadi Menteri, Timbalan Menteri. Apa ini Oxford (Universiti Oxford) punya orang, saya ingat dia profesional, tapi tak profesional," rungut Guan Eng.

"Tak apalah CM, nanti dia senang-senang dia call you lah. Orang politik selalu itu macam," balas penulis.

"Ha, ha, ha," kami sama-sama ketawa.

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang.

Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.

Rayuan terbuka Khalid : Mahu PAS jujur, komited kukuhkan PR

“Rayuan saya ialah PAS membuktikan dengan mengambil tindakan tegas (ke atas mereka yang memudaratkan Pakatan)... ini rayuan saya. Dan, jika ini boleh dilakukan mereka (PAS) akan kelihatan lebih komited... saya mementingkan rayuan ini daripada rayuan peribadi saya agar hukuman saya dikaji semula,”


Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Feb 23 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak membuat merayu agar hukuman digantung jawatan selama enam bulan dikaji semula, tetapi mengemukakan “rayuan terbuka” dengan meminta PAS agar memperlihatkan “kejujuran dan komitmen” untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam temu bual selepas tiga minggu berada di luar negara, Khalid berkata keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu menimbulkan persoalan sejauh mana jujur dan komitednya PAS dalam PR, yang kini memerintah empat negeri dan mempunyai 80 kerusi di Parlimen.

Justeru beliau berharap PAS akan benar-benar komited untuk menghukum mereka yang memperlekehkan keutuhan PR sambil menegaskan, parti itu kini dinilai dengan keputusan jawatankuasa disiplin bulan lalu — mengenakan hukuman menggantung jawatan selama enam bulan ke atas dirinya manakala Datuk Dr Hassan Ali pula diberikan amaran.

“Rayuan saya kepada parti, PAS telah gagal dalam memperlihatkan kejujuran dan komitmen mereka dalam memantapkan Pakatan... mereka bukan setakat perlu menunjukkan dalam kata-kata tetapi juga menerusi tindakan mereka... tetapi PAS telah gagal dalam hal ini,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini.

Jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri itu manakala Khalid adalah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Hukuman ke atas kedua-dua wakil rakyat itu merupakan yang pertama dibuat dan mendapat liputan meluas sejak PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP membentuk PR selepas pilihan raya umum 2008.

“Bukan saya seorang sahaja yang dinilai tetapi juga parti kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan kita (parti sebagai komponen PR),” kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Yang Dipertua Shah Alam ini yang pulang ke tanah air Jumaat lalu dari Arab Saudi berkata, PAS telah gagal dalam memastikan keadilan dilaksanakan dan kelihatan melaksanakan keadilan dengan sebaik-baiknya.

Khalid mengulangi bahawa beliau tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana lazimnya “ada harga” yang perlu dibuat tetapi gembira kerana matlamat iaitu memastikan Hasan dikenakan tindakan atas kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerajaan PR telah berjaya.

“Hukuman saya cuma enam bulan tetapi hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya), beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan selama-lamanya,” katanya.

Khalid juga gembira kerana ada perubahan dalam nada Hasan sejak November lalu apabila menyentuh kedudukan PR.

“Saya nampak ada perubahan pada Hasan,” kata beliau yang turut yakin bahawa masalah di antara beliau dan Khalid sebenarnya boleh diatasi sejak awal lagi jika pucuk kepimpinan memanggil kedua-dua mereka dan mengadakan perbincangan.

“Bagaimanapun ia tidak dilakukan,” katanya yang mengakui menjejaskan lagi keadaan dan berakhir dengan siasatan jawatankuasa disiplin.

Sehubungan itu beliau merayu kepada kepimpinan PAS agar membuktikan kejujuran dan komitmen mereka kepada PR yang kini dipersoalkan sesetengah pihak.

“Rayuan saya ialah PAS membuktikan dengan mengambil tindakan tegas (ke atas mereka yang memudaratkan Pakatan)... ini rayuan saya.

“Dan, jika ini boleh dilakukan mereka (PAS) akan kelihatan lebih komited... saya mementingkan rayuan ini daripada rayuan peribadi saya agar hukuman saya dikaji semula,” katanya lagi sambil menambah, Islam juga mahukan pengikutnya memegang pada kata-kata mereka sebaik sahaja sesuatu janji atau keputusan dibuat.

Ia dirujuk kepada komitmen PAS kepada PR yang akan menyambut ulang tahun keduanya 10 Mac ini di Pulau Pinang.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menjatuhkan Pakatan,” kata Khalid.

Dalam hal ini beliau juga merujuk kepada nasihat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Muktamar PAS 2008 yang meminta parti itu tidak meletakkan kaki di dua sampan pada masa yang sama.

Menteri Besar Kelantan itu memberikan pandangan sedemikian ketika munculnya isu bahawa PAS, selain berada dalam PR, juga sedang berusaha untuk membina usaha mengadakan perundingan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno-BN.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin PAS yang menentang sebarang perbincangan ke arah kerajaan perpaduan.

Malah siasatan jawatankuasa disiplin juga bertolak daripada gesaan beliau agar diadakan Muktamar Khas PAS, yang dikemukakan Oktober tahun lalu untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Dalam komennya Khalid juga meminta pemimpin-pemimpin PAS agar sedar dengan aspirasi untuk menjadi sebuah parti arus perdana yang memperjuangkan keadilan, yang terus dipantau oleh para pengundi.

“Kita harus berupaya untuk membuktikan bahawa kita boleh mempertahankan keadilan,” kata Khalid.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan tidak rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin pula menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan kedua-dua pemimpin Selangor itu, yang telah mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Sehari selepas jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya, Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim telah mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Khalid enam bulan sedangkan Hasan hanya diberi amaran.

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.

Reaksi pertama Exco Pemuda PAS itu juga mempertikaikan kredibiliti jawatankuasa disiplin.

Dengan membuat keputusan tersebut, dakwa beliau. jawatankuasa disiplin sama ada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti-PR dalam PAS.

Senada dengan pandangan itu Khalid juga berkata, beliau walaupun telah dijatuhkan hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas kesalahan yang dilakukannya.

“Tuduhan mengatakan saya membocorkan rahsia. Saya hanya melahirkan pandangan menerusi blog saya saya bukannya rahsia parti... tiada petunjuk jelas apa yang dimaksudkan dengan rahsia parti (dibocorkan),” katanya.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama ini mengatakan bahawa surat yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin hanya mengatakan bahawa beliau didapati bersalah tanpa menunjukkan maklumat rahsia yang kononnya telah dibocorkan.

“Jika saya didakwa sebagai membunuh, sekurang-kurangnya saya akan dimaklumkan siapa yang saya bunuh, bila dan bagaimana ia berlaku,” kata beliau sambil menambah keadaan kini sudah berubah di mana ahli-ahli ‘aktif’ mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin parti.

“Kini parti berkembang menjadi parti arus perdana, yang berjuang untuk keadilan kepada semua... bukan sahaja ahli-ahli PAS sendiri, tetapi keseluruhan rakyat dan bukan Islam... mereka bukan lagi mewakili kumpulan masyarakat yang kecil,” katanya.

Justeru kata beliau sudah tiba masanya PAS mengkaji semula tatacara pengendalian kes-kes disiplin supaya kelihatan telus dan ada unsur kebertanggungjawaban, bukannya hanya mencari kelemahan parti lawan.

Kata beliau, proses ke arah siasatan tidak harus diserahkan kepada setiausaha agung semata-mata.

“Ya, perlu ada tindakan bersama seperti jawatankuasa untuk meneliti aduan-aduan yang dikemukakan, yang ditapis sebelum dikemukakan kepada jawatankuasa disiplin,” kata beliau dengan merujuk kepada dakwaan bahawa beberapa laporan kukuh dibuat ahli-ahli parti diketepikan begitu sahaja termasuk kes Abdullah Karim.

themalaysianinsider

BN in S'wak : Don't be so sure, Najib

Feb 23, 10 7:42am

'Don't forget that those born in the 1980s will be eligible to vote in the next election. They are the basis of our hope for freedom from BN and Taib Mahmud's hegemony.'

Pakatan unable to challenge BN in S'wak : PM

Ordinary Sarawakian: Don't be so sure, Prime Minister Najib Abdul Razak. Don't forget that those born in the 1980s will be eligible to vote in the next election. These young Sarawakians are the basis of our hope for freedom from BN and Taib Mahmud's hegemony.

They get their news from the Internet and alternative media and from their friends and peers working abroad or in Semenanjung because they can't earn a living in their own home state.

Just because you go on flying visits and throw around a few shallow goodies, you think your fixed deposit seats of Sarawak are secure?

Sam Chong: Maybe Najib has a point in being so confident. Due to years of neglect by the BN, many people, especially in the rural areas, do not have basic infrastructure like tarred roads, piped water, 24-hour electricity and good communication infrastructure. Therefore they do not have access to alternative media; they don't know what the true picture is (out of their districts).

Unless the splinter opposition parties work together and forget their own selfish interests, it is possible that the uninformed rakyat (which comprises the majority) in Sarawak will continue to be deceived and vote BN.

SusahKes: 'Asked whether Sarawak chief minister Taib Mahmud had discussed with him the date of the upcoming election, Najib broke out in laughter and said, 'Even if I discussed (it), I will never tell you.''

In what appears to be a clear signal that the daily pressures of the No 1 Office is getting to him, Najib fell into a laughter when asked a serious question.



Sekali lagi seorang artis terkenal berceramah di Pentas Ceramah Pakatan Rakyat. Sila tonton hingga penghabisan




PerakExpress

Mohd Abdul Wahid Endut, Lawat To'kong Kg Cina Kuala Terengganu Terbakar

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi kebakaran To'kong Kampung Cina Kuala Terengganu.




BO

Monday, February 22, 2010

Nik Aziz : Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik

“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum. Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian. Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,”

Oleh Mohd Zuharman

BACHOK, Feb 22 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.

“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.

“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.

“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.

Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.

Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.

“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.

“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.

“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.

PAS sokong Mustapa adalah penderhaka

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri. Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,”


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb : PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi.



Anwar : BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti

Athi Shankar
Feb 21, 10 6:38pm


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.


Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

[Baca berita penuh]

Friday, February 19, 2010

Nik Aziz : Mengapa Umno sibuk pertikai sambutan Maulidur Rasul

“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi, sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,”

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 19 — Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa kerajaan negeri itu seolah-olah terpengaruh dengan langkah Pulau Pinang dengan tidak mahu mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan berganjak dengan pendirian kerajaan negeri dalam soal itu walaupun terus menerima kritikan atau kecaman.

Malah beliau juga mempersoalkan sebab Umno hanya mahu menimbulkan perkara tersebut selepas 20 tahun beliau memimpin kerajaan negeri Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian berkata pendirian kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan mereka sudah terpengaruh dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

“Pemuda Umno melihat sejak akhir-akhir ini wujud senario baru dalam kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Maksudnya, dalam segenap tindak tanduknya seolah-olah mengikut telunjuk dan jejak langkah Lim Guan Eng.

“Termasuklah membenarkan kalimah Allah dan bacaan ayat suci al-Quran dipergunakan oleh orang bukan Islam,” katanya sewaktu dihubungi.

Beliau menambah prinsip kerajaan Kelantan itu boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam dalam usaha penerapan kefahaman peri pentingnya seluruh ummah mengamalkan sunah Rasul.

Sehubungan itu Anuar mempersoalkan keutamaan antara sambutan Maulidur Rasul dan sambutan bulan sembahyang, bulan hudud atau hari peristiwa Memali yang dilaksanakan secara eksklusif pada setiap tahun.

“Sekiranya hari-hari itu boleh disambut dengan menggunakan belanja serta peruntukan yang besar, kenapa tidak lakukan perkara yang sama kepada sambutan Maulidur Rasul sebagai acara simbolik bagi mendekatkan maknawi rakyat kepada Rasul?

“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?

“Mungkin tidak silap kalau ada tanggapan mengatakan PAS memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana terikut rentak dan kemahuan DAP di samping ingin meraih sokongan bukan Melayu sahaja," ujarnya.

Sambutan Maulidur Rasul menjadi isu, malah sekali gus menjadi bahan perang pemimpin politik setelah Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilapor akan membatalkan upacara perarakan pada sambutan berkenaan.

Sehubungan itu Nik Aziz membidas segelintir masyarakat termasuk Umno yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.

“Kenapa nak sibuk sangat dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak pernah berarak pun.

“Kita kena ingat, maulid ini disambut hanya selepas 300 tahun baginda wafat.

“Ini lah masalah kita orang Melayu kalau terima Islam bukan dengan cara belajar dan mentelaah, tetapi terima dengan tradisi. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,” katanya.

Sambil mengaku pendekatan kerajaan negeri yang hanya mengambil kesempatan sempena bulan Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah dan kuliah-kuliah Islam khusus mengenai topik berkaitan adalah memang berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kata beliau, hakikat afdalnya sambutan atau mengingati Maulidur Rasul bukan sekali setahun bahkan sebaliknya, setiap hari dan sepanjang masa.

“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi.

“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,” jelasnya.

Mengulas lanjut dakwaan kononnya isu tersebut sengaja dipolitikkan ekoran konflik sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Aziz menafi meniru kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mendakwa “kerajaan Pulau Pinang yang meniru Kelantan."

“Saya dah katakan, 20 tahun saya pegang Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.

themalaysianinsider

Thursday, February 18, 2010

BN dan Pakatan Rakyat dalam Nujum Pak Belalang

Thursday, 18 February 2010 1:43 PM
Oleh Masdar Wahid


Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana Barisan Nasional (BN) dan yang mana Pakatan Rakyat (PR)..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah BN dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sekarang ini parti BN hampir tenggelam dengan setiap sekutunya termasuk di Sabah dan Sarawak terus bergoncang dan dilanda krisis berterusan, manakala PR walaupun berasal dari ideologi berbza namun berjaya disatukan demi agenda perubahan untuk rakyat dalam PRU akan datang'


Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah BN dan yang
manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari itulah BN..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab PR konsisten menuju ke Putrajaya dengan agenda perubahannya yang jelas seperti yang ditekankan di Shah Alam 19 Disember lalu, manakala BN khasnya Umno masih kekal dengan isu perkaumannya.

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'BN!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli BN memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli BN yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan rasuah dan kemungkaran walaupun ia di depan mata...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi BN yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan Laksamana BN khasnya Umno..? Di kerisnyakah? atau di jenteranyakah..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana Umno bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Umno hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana Umno begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan, Hairan Metro, Polis serta toyol dari Kosmos dan Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

ISA di sini ada dua maksud, satu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu lagi calon Umno/BN di Bagan Pinang, Isa Samad. Kemenangan Isa dipuja dan dipuji walaupun jelas rekodnya sebagai perasuah besar dalam Umno.


Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Liwat : Keputusan hakim tarik diri 25 Mac

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan lagi pagi tadi ekoran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah enggan mengundurkan diri seperti yang diminta oleh pasukan peguambela.

Bagaimanapun, Mohamed menjelaskan bahawa Mahkamah akan membuat keputusan sama ada untuk mengetepikan beliau dari mendengar perbicaraan tersebut atau sebaliknya pada 25 Mac depan.

Sebelum pada itu, peguambela Karpal Singh di kamar perbicaraan mendesak Mohamed supaya tidak mendengar perbicaraan kerana dianggap bias terhadap anak guamannya.

Sejurus selepas perbicaraan tersebut ditangguhkan, Karpal Singh terus mengfailkan satu lagi rayuan di mahkamah supaya Mohamad Zabidin diketepikan dari mendengar penghujahan tersebut.
Bercakap di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar menyuarakan harapan supaya perbicaraan mahkamah ke atas dirinya dilakukan secara adil dan saksama.

“Perbicaraan ini mesti dilakukan secara saksama sebagaimana yang ada dalam negara hukum seperti dipertegas oleh Karpal Singh (bahawa) tidak ada asas bagi (Tan Sri) Abdul Gani Patail (Pengum Negara) untuk tidak menggugurkan kes ini.”

Beliau yang juga Ketua Pembangkang mendakwa komitmen Abdul Gani itu semata-mata mengikut telunjuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mempersoal komitmen mahkamah menolak sapina yang dikenakan ke atas Najib dan Rosmah, yang didakwa terbabit melakukan konspirasi dan fitnah ke atas beliau bersama-sama saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat serta beberapa kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar serta Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga hadir di mahkamah.

Sebelum pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan ke atas keputusan Mahkamah yang dianggap tidak bebas terhadap Anwar.

“Sekiranya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bercadang mengadakan suatu tuntutan atau memorandum, kita menyokong penuh kerana menganggap kes ini akan menjejaskan nama baik Mahkamah di Malaysia jika diteruskan.”

“Saya melihat Mahkamah seperti tidak bebas dan saya berasa seperti wujudnya konspirasi kerana pendakwaan tersebut bukannya berasaskan pada bukti-bukti, seperti laporan perubatan yang dikeluarkan (Hospital) Pusrawi yang jelas memberi isyarat bahawa Mahkamah wajar menggugurkan kes tersebut.”

Selaku salah seorang pemerhati mewakili PAS di kandang perbicaraan, Mahfuz mempersoal motif di sebalik tindakan pendakwaraya memohon perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan.

“Bila Hakim menolak permohonan Karpal untuk mengetepikannya (dari mendengar perbicaraan), pendakwaraya yang bangun memohon kes tersebut ditangguhkan, sepatutnya Karpal yang perlu membuat permohonan itu demi anak guamannya (Anwar),” jelasnya.

Tindakan pendakwaraya itu, menurut Mahfuz sebagai usaha melengah-lengahkan kes tersebut dari dibicarakan dengan seorang Hakim baru yang dilihat adil dan saksama.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa motis pendakwaraya adalah untuk membuat mempersiapan penghujahan dan skrip keterangan untuk Saiful, supaya saksi utama itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan sebagaimana di kandang saksi sebelum ini.

“Mungkin mereka (pendakwaraya) tengah cari bukti atau alasan supaya Anwar boleh dibawa ke Penjara.”

“Apabila pendakwaraya sendiri rayu supaya Hakim yang dilihat tidak adil terus membicarakan kes ini, saya nampak seperti wujud suatu konspirasi,”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berpendapat bahawa tindakan Umno dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan demontrasi membantah sokongan Ahli Parlimen Autralia ke atas Anwar sebagai suatu perlanggaran hak kebebasan bersuara.

Sehubungan itu, beliau menganggap permohonan Karpal Singh sebelum ini supaya kes liwat itu digugurkan berasaskan laporan perubatan dari Hospital Pusrawi yang menjelaskan Anwar tidak meliwat Saiful sesuatu yang munasabah demi mengelakkan memulihara kedudukan institusi Mahkamah dan nama baik Malaysia dari terus dipertikai dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 300 penyokong Anwar melaungkan ‘Reformasi’, ‘Anwar difitnah’ dan ‘keadilan untuk Anwar’.

Mewakili mereka, Badrul Hisham Shaharin iaitu Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia mencabar Najib dan Rosmah hadir ke Mahkamah untuk membantu siasatan kes liwat serta membersihkan dakwaan umum bahawa mereka berdua masing-masing terlibat dalam konspirasi membawa Anwar ke penjara.



Pada 8 Februari lalu, Karpal Singh di kamar perbicaraan mendesak Mohamed supaya diketepikan kerana enggan mengenakan tindakan ke atas ke atas akhbar Utusan Malaysia dan beberapa blog yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif Mahkamh seperti gambar Saiful menunjukkan lokasi aksi liwat, iaitu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Menganggap perbuatan Utusan itu seperti menghina Mahkamah, Karpal sekaligus menganggap tindakan Mohamed itu seperti tidak melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang Hakim yang adil dan saksama.

Sekiranya Anwar, 63 disabit bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful, 25, beliau bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan sebagaimana dirujuk pada Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

tangan ajaib!

“Adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,”

Karpal Dakwa PM, Isteri Dalangi Kes Liwat Anwar

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes konspirasi dua.

“Adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”

tvSelangor

Minta maaf daripada pengundi : Nik Aziz

“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya. Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),”

KOTA BHARU - Pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu meminta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa.

“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.

“Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Dr Asri dilaporkan berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.

Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.

“Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya.

SinarHarian

Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam PAS

Idris Ahmad

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.

Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.


Harakahdaily

Wednesday, February 17, 2010

(Video) Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Menyelamatkan Mangsa Lemas

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari Kampung Pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.




BO

Ku Li : Agong Boleh Lucut Jawatan PM

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,”

Salmiey Drahsin

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan pengamal undang-undang dan pemerhati politik bahawa Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada istana untuk melucut jawatan Menteri Besar sepertimana yang berlaku di Perak.

Komen Ku Li itu yang dimuatkan dalam laman webnya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang mengisytihar Datuk Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pendirian Ku Li itu tidak disenangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata tokoh politik itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Pegawai Khas Ku Li, Mohd Lokman Ghani, berkata bagi Ku Li ialah kebenaran, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk tujuan sebaliknya.

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya.

Ku Li dalam laman webnya menegaskan beliau yakin bahawa istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat ketua pemimpin kerajaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berkaitan kemelut Perak itu memberi implikasi bukan sahaja kepada Perlembagaan perak, malah Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya, jika keputusan mahkamah diterima, ia bermaksud Yang Dipertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri sedangkan kuasa itu hanya dimiliki Parlimen.

Justeru, Lokman berkata, pemimpin Umno sendiri harus telus dalam membahaskan implikasi keputusan mahkamah berkenaan.

“Muhyiddin kata kenyataan Tengku kebelakangan ini berbeza dengan pandangan kerajaan, jadi takkanlah hendak Tengku berbohong. Ikut sahaja apa yang kerajaan mahu sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

Ku Li sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kerana mengambil pendirian rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak.

Lokman yang lama mengenali Ku Li berkata, pemimpin veteran itu akan terus bersuara kerana kenyataannya adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Jadi, apabila kerajaan menyatakan perkara yang tidak betul, dia terpaksa memberitahu perkara yang betul. Itu pendirian dia,” katanya.

tvSelangor

Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa : Mohd Asri

SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpin lebih baik.

“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.


Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:

“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:

Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

SinarHarian

Friday, February 12, 2010

NGO Islam buat laporan polis laman sosial FB (Lynette Lincoln) hina Rasulullah saw

Miri - NGO Islam Miri telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan di laman sosial Facebook (Lynette Lincoln) yang menghina Rasulullah saw. Antara NGO Islam yang terlibat selepas solat Jumaat yang diketuai oleh Sdr Suboh@Hadie bin Salleh ialah JIM (Jemaah Islah Malaysia), HIKMAH (Harakah Islamiyyah), AMAL (Yayasan AMAL Malaysia), PEKEDIS (Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Sekolah Malaysia), TASK Force Pendidikan Islam (PPD). Turut hadir ialah Ustaz Malsiron (JAIS), YDP Tuan Hj Jofri serta Sdr Azwani (PAS) dan Cik Zulhaidah (PKR)





Dalam sidang media Sdr Suboh@Hadie bin Salleh yang mewakili NGO Islam mengecam kenyataan seperti di dalam laman sosial Facebook (Lynette Lincoln) dan berharap agar umat Islam bertenang serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.





Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional BN tidak pandai memerintah negeri dan negara




BO