Friday, November 13, 2009

'Saya tidak akan merayu' - Manohara Odelia Pinot

"I don't want to go back to KL. What i've been through is hard to me to forget. Ask for forgiveness? Not. That not what i'm thinking off."



SMS dari Manohara membawa mesej bahawa dia tidak berhasrat memohon maaf dan tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my


KOTA BHARU - "I don't want to go back to KL. What i've been through is hard to me to forget. Ask for forgiveness? Not. That not what i'm thinking off.''
(Saya tak mahu balik ke KL. Apa yang telah saya alami memang sukar untuk dilupakan. Nak minta maaf? Tidak. Itu bukan apa yang saya fikirkan)

Itulah pendirian Manohara Odelia Pinot, 21, dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantarnya kepada wartawan Kosmo! kelmarin apabila ditanya sama ada dia mahu memohon maaf dan berbaik-baik semula dengan suaminya yang juga putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Manohara tetap bertegas mempertahankan diri meskipun kalah dalam kes saman fitnah oleh suaminya berjumlah RM105 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 November lalu memutuskan penghakiman ingkar terhadapnya gara-gara gagal melantik peguam baru.

Namun model dari Indonesia itu mendakwa sudah menemui peguam baru untuk mewakilinya.

"Saya terima keputusan mahkamah di Kuala Lumpur dan kini sudah ada peguam baru yang benar-benar layak, perbincangan sudah dibuat dan saya jangka kita akan ketahui perkara ini sedikit masa lagi,'' jelasnya dalam SMS itu lagi.

Bagaimanapun, Manohara menolak desas-desus mengenai kehadirannya di Malaysia sebaliknya menyerahkan proses rayuan tersebut kepada peguam.

Kosmo!

Ketua Wanita Umno Terengganu Di Seru Supaya Bertaubat

”Ucapan beliau (Fatimah) ini sangat berbahaya kepada akidah (umat Islam), sekiranya (kata-kata tersebut) benar-benar dating (keluar) dari mulut beliau,

”Kami (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Fatimah kembali ke pangkal jalan, bertaubat kepada Allah SWT,”



Friday, 13 November 2009 02:35 SM Noor .

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu, Senator Fatimah Hamat, supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya juga mendesak Fatimah menarik balik kata-kata beliau yang mendakwa pemimpin politik tidak sepatutnya mencampur aduk antara agama dan politik.

Wan Mohd Faizul berkata ucapan yang dikeluarkan oleh Fatimah merupakan sebahagian dari fahaman sekularisma, yang bukan daripada Islam.

”Ucapan beliau (Fatimah) ini sangat berbahaya kepada akidah (umat Islam), sekiranya (kata-kata tersebut) benar-benar dating (keluar) dari mulut beliau,

”Kami (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Fatimah kembali ke pangkal jalan, bertaubat kepada Allah SWT,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Wan Mohd Faizul berkata demikian ketika merujuk kenyataan Fatimah yang disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian semalam, 12 November 2009.

Kenyataan Fatimah yang ‘melencong’ dari ajaran Islam itu dipaparkan akhbar tersebut dibawah tajuk "Wanita Umno Marah", dipercayai berkaitan dengan soal bai’ah dalam PAS.

Akhbar tersebut memetik kenyataan Fatimah yang berbunyi "Saya sangat marah dan dukacita sekiranya perkara itu benar-benar wujud, apatah lagi memperlakukan wanita sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin tidak mencampur aduk antara agama dan politik."

Menurut Wan Mohd Faizul, pihaknya sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit dan tidak memahami Islam yang syumul, terutamanya ia berlaku kepada pemimpin politik.

Katanya, kenyataan seumpama kata-kata Fatimah boleh menyesatkan akidah umat Islam dan anutan ‘agama suku, politik suku’ ala Marchiavelli itu, pernah dinafikan masih wujud dikalangan orang-orang Umno, oleh pemimpin atasan mereka.

Justeru, katanya, DPPNT juga mendesak agar Majlis Fatwa Negeri Terengganu bersuara untuk membetulkan keadaan ini agar masyarakat Islam tidak terus terpesong dengan ucapan-ucapan pemimpin politik seumpama ini.

BuletinOnline

Royalti : Najib digesa mohon maaf, tarik balik keputusan beri wang ihsan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 12 Nov : Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu.

Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.




Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob.

Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini.

"Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144,"

Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat
"Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh.

Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut.

Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak.

"Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.

Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh.

Harakahdaily

Thursday, November 12, 2009

Tidak akan hadir esok, tidak tahu menahu - Dr Asri

Azamin Amin

Kemaskini jam 1.00 petang KUALA LUMPUR, 12 Nov : Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.

"Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.

"Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya sendiri tidak tahu menahu," katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.


Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak 'melangkaui' bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.

"Sikap dan tindakan melampau inilah yang menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap kewibawaan pihak institusi agama seperti JAIS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka," katanya

Semalam, menurut laporan portal berita beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Penolong Pengarah Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, JAIS akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes 'berprofail tinggi'.

"Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam... selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Harakahdaily

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Nov : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.

Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.




Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberapa blogger.

Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS.

video ehsan : tvpas09

JAIS menangkap Dr Mohd Asri seolah-olah `menangkap penjenayah besar yang mengganas` - Tun Dr. Mahathir

“Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jais telah melakukan tangkapan ini.

Ternampak seolah-olah Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

“Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras,”



Asri bukan penjenayah besar yang ganas : Dr Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang seolah-olah `menangkap penjenayah besar yang mengganas`.

Katanya, beliau berdebar apabila membaca berita penangkapan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu yang kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

“Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jais telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

“Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras,” katanya dipetik dari laman blognya, semalam.

Asri ditahan Jais kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang 1 November lalu.

Katanya, beliau turut difahamkan bahawa masih tiada sebarang pertuduhan dikenakan oleh Jais terhadap Asri.

“Apakah tidak ada ‘due process’ dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja. Saya tidak nafi ajaran sesat al-Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat,” katanya.

Menurutnya, penguasa agama juga jangan terlalu ghairah mengharamkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

“Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang,” katanya.

Beliau juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik yang mengaitkan kesalahan ceramah Asri yang hanya berpandu kepada al-Quran dan hadis, tidak kepada ijmak ulama Sunnah Wal Jamaah.

“Kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

“Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul,” katanya.

Menurutnya, di negara ini terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun menerima fahaman Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Syafie.

“Di antara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah dikecam apabila menulis di bawah tajuk ‘Hukum Allah’ berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah sama ada benar ia adalah hukum Allah.

“Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

“Teringat saya akan ’Islam Hadhari’ yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah?

“Jika ya, orang Islam di Malaysia kena masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?” katanya.

SinarHarian

Budget Era Zambry Lanun - Budget Perak Budget Penyamun!

Batu Gajah 09 November 2009 - Dalam ceramah umumnya disini Isnin lepas, Dato' Haji Mahfuz Bin Omarr, Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Belanjawan Kerajaan Negeri Perak untuk tahun 2010 adalah sebagai Belanjawan Penyamun. Budget yang dibentang dalam masa 20 minit dan diluluskan terus tanpa pembahasan itu dikatakan seolah-olah seperti ketika penyamun yang diserbu polis.

Menurutnya lagi, Belanjawan Negara 2010 yang dibentangkan oleh PM Malaysia, mengambil masa lebih kurang 20 hari untuk dibahaskan sebelum diluluskan. Manakala di negeri Kelantan, sesi pembentangan belanjawan dan pembahasan mengambil masa sehingga 4 hari sebelum diluluskan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

Namun akibat masalah yang timbul selepas krisis rampasan kuasa, pihak kerajaan negeri Perak yang ada sekarang seolah-olah mengambil mudah tentang mengenai belanjawan ini dan dia menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku di negeri Perak.





sumber : daristesyenmaya, PerakExpress

Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis


PAS melihat masyarakat hari ini sudah kurang kepekaan terhadap permasalahan umat Islam, khususnya isu yang melibatkan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis. Sedangkan, isu ini sewajarnya menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga tanah suci Baitul Maqdis yang di atasnya terletak Masjidil Aqsa yang berkat.




Thursday, 12 November 2009 01:39 Editor

- Kenyataan Media Lajnah Pendidikan Pas Pusat
Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPP) melihat masyarakat hari ini sudah kurang kepekaan terhadap permasalahan umat Islam, khususnya isu yang melibatkan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis. Sedangkan, isu ini sewajarnya menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga tanah suci Baitul Maqdis yang di atasnya terletak Masjidil Aqsa yang berkat.

Firman Allah swt di dalam surah Al-Isra’, ayat 1, yang bermaksud:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”


1. Peristiwa meletakkan replika Haikal Sulaiman di kawasan Masjidil Aqsa merupakan suatu penghinaan besar kepada Umat Islam.

2. Serangan ke atas Ghaza dan kepungan yang dilakukan dengan kerjasama Amerika dan Mesir turut menjadi suatu tragedi yang sangat menyayat hati. Sehingga banyak kes kelaparan dan kebuluran melanda. Bekalan ubat-ubatan juga disekat.

3. Mahmoud Abbas dan FATAH bersekongkol untuk ‘menjual’ Palestin bagi memuaskan nafsu dan kuasa mereka. Tindakan mereka itu sama sekali tidak menghormati Islam dan rakyat Palestin.

4. Sikap membisu OIC dan negara Islam lainnya menambah lagi duka saudara kita di Palestin.

Program yang dinamakan “Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis” ini secara objektifnya adalah:

Sebagai suatu cara LPPP mendidik rakyat meneruskan rasa tanggungjawab mereka terhadap isu di Palestin.

Melihat semangat Palestin untuk dibawa dalam kehidupan seharian terutamanya dalam melahirkan semangat berkorban dan menyumbang.

Bersama-sama NGO yang sama-sama prihatin kepada Palestin menggembeling tenaga sokongan.

Menunjukkan sikap PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang sentiasa prihatin dengan permasalahan umat Islam.

Antara program yang dirancang sepanjang program ini adalah

1. Ceramah Kesedaran ke seluruh negara.

2. Persidangan Meja Bulat NGO-NGO di Malaysia untuk bersama Intifadah

3. Demonstrasi Aman

4. Memungut derma sokongan


Sempena pelancaran, suatu ceramah pelancaran akan diadakan pada 13 November ini di Masjid Rusila, jam 9.00 malam. Penceramah terdiri daripada :

1. YB. Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS,

2. Ustaz Hj. Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,

3. Bapak Ferry Nur, Ketua Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestina (KISPA),

4. Naji Za al-Farhi, Hamas Representative at Malaysia.

Sehubungan itu, LPPP berharap semua pihak dapat menghebahkan program ini seterusnya menjadi amal kita yang dinilai oleh Allah swt atas sifat kita yang prohatin sesama umat. Wallahua’lam.

Dato’ Abu Bakar bin Chik,
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat


BuletinOnline

Wednesday, November 11, 2009

Mereka sedang pecahkan kita


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Nov : Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.

Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.

Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.

Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.


ADUN DAP digantung hadiri sidang DUN Sarawak

KUCHING : Wakil rakyat pembangkang, Chong Cheng Jien, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berikutan kenyataan negatifnya mengenai bajet negeri.

Speaker DUN, Datuk Seri Awang Asfia Awang Nasar mengumumkan penggantungan berkenaan selepas 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengundi menyokong usul menggantung Chong, dengan hanya dua tidak menyokong.

Isnin lalu, Chong (DAP -Kota Sentosa) yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching memberitahu akhbar Cina bahawa 80 peratus bajet negeri diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan yang dikawal oleh hanya seorang individu.


sumber : BH

Petra Raja Kamaruddin dilepas kes menghasut

dari Mkini Nov 11, 09 11:13am

Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.


"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan," kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.

"Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah," kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, memberitahu mahkamah pihak polis masih gagal mengesan penulis blog itu sehingga hari ini.

Sebelum ini penangguhan telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Okt.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web http://www.malaysia-today.net/ pada 25 April 2008. BERNAMA


Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia

Harakahdaily

KELANA JAYA, 11 Nov : Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah




Sidang Media Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali

Sidang media Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali di lobi bangunan DUN Selangor petang tadi

Oleh : RUWAIDA MD ZAIN
ruwaida@sinarharian.com.my


Soalan: Datuk ada menerima surat tunjuk sebab?

Jawapan: Saya sudah terima surat semalam.

Soalan: Apa kandungan di dalamnya dan apa pertuduhannya?

Jawapan: Tidak perlu tahu sebab itu hal dalaman di dalam parti.

Soalan: Datuk bersedia untuk menjawab apa yang terkandung dalam surat tunjuk sebab terbabit?

Jawapan: Perkara itu bukannya susah sangat. Benda yang hendak dijawab pun benda yang jelas. Jadi, tiada apa yang saya rasa, saya pun tiada keraguan, tiada kebimbangan, biasa sahaja. Tunjuk sebab secara bertulis, pada masa yang sama ia terserah kepada jawatankuasa disiplin.

Soalan: Berapa pertuduhan yang terkandung dalam surat terbabit?

Jawapan: Wa’allahuallam, saya akan mengemukannya , apa yang diminta itulah dia, berapa tuduhan tidak perlu tahu.

Soalan: Adakah Datuk merasakan perkara ini tidak adil.

Jawapan: Keadilan ini merupakan suatu yang subjektif, saya hanya sebagai ahli parti dan misalnya ada dakwaan-dakwaan terhadap saya, saya mesti jawab. Mereka pun mesti ada asas-asas yang kukuh dan mereka tidak akan menghadapkan saya kepada jawatan kuasa disiplin. Tetapi saya berlapang dada seperti yang dulu saya sebutkan dan saya akan memberikan seluruh kerjasama untuk mencari penyelesaian. Pada saya perkara ini tidak besar dan kalau tengok bentuk-bentuk kesalahan pun bukannya ada yang jenayah dan tidak ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana ini hanya tuduhan dakwaan yang berkaitan mungkin ada beberapa perkara yang difikirkan tidak selari dengan peraturan dan perjalanan di dalam parti.

Soalan: Adakah perkara ini akan selesai dengan penjelasan kepada jawatankuasa disiplin?

Jawapan: Memang hendak mencari satu penyelesaian, mungkin ini satu penyelesaian yang paling baiklah, bermakna saya diberi peluang untuk mengemukakan hujah-hujah dan sebagainya..

Soalan: Apa kemungkinan yang akan berlaku?

Jawapan: Selepas itu kemungkinannya saya tidak tahu apa yang akan jadi, sama ada saya dipanggil untuk bertemu dengan jawatankuasa ke ataupun tidak, atau pun hanya cukup dengan yang bertulis yang sedang saya sediakan dan saya akan hantar kepada mereka.

Soalan: Siapa yang membuat aduan?

Jawapan: Itu saya tidak tahu , Pas Selangor tidak buat aduan, saya tidak dapat menentukannya, tapi dari segi rasminya, hanya saya yang tahu pasal Pas Selangor kerana saya Pesuruhjaya Pas negeri.

Soalan: Adakah ia berkaitan dengan isu Selcat?

Jawapan: Perkara ini ada kait mengait, tetapi konsentrasinya hanya kepada perkara ini, tetapi isinya biar saya dan jawatankuasa disiplin sahaja yang tahu, benda ni kan rahsia, eloklah diketahui pimpinan parti yang berkaitan sahaja.


SinarHarian

Mereka tidak faham bai’ah dalam Islam — Nik Aziz


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, 10 Nov – Isu bai’ah wakil rakyat yang dimainkan media dicetuskan mereka yang tidak faham tentang Islam dan berunsur provokatif untuk memberi persepsi negatif kepada PAS.

Orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini boleh dilabelkan sebagai golongan anti-Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau sendiri, kata Nik Aziz, tidak tahu-menahu bagaimana perkara itu boleh timbul sehingga ia dieksploitasikan oleh banyak pihak.

Isu bai’ah menjadi kontroversi di dalam parti politik PAS apabila sumpahnya (bai’ah) mensyaratkan talak tiga terhadap isteri sekiranya mana-mana wakil rakyat bertindak mengkhianati parti.

Nik Aziz menyifatkan golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut sebagai tidak berilmu serta tidak pandai menggunakan pemikiran ke arah yang lebih bermanafaat dalam kehidupan masyarakat bernegara dan berpolitik.

“Perbuatan daripada mereka yang tidak ada kerja. Tidak berilmu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli dan Kelkon Sdn Bhd.

Projek yang bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada February 2010 dan di jangka siap sepenuhnya pada 2016.

Sementara itu, di celah-celah persoalan isu berkenaan, penulis politik tempatan mempertikaikan penggunaan bai’ah dalam struktur politik negara kerana ia memberi gambaran ketidakyakinan institusi parti terbabit terhadap kejujuran ahli-ahlinya.

“Bahkan ia bukan satu kaedah syumul dan mutlak dalam siasah politik,” kata penulis berkenaan.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata Majlis Syura PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut terhadap pemimpin-pemimpin parti.

“Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini,” katanya.

Perkara ini juga ditegaskan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa ketika bercakap di ruang legar Parlimen Malaysia berkata, isu bai’ah ini sengaja dirungkaikan oleh Umno untuk membolehkan wakil rakyat PAS melompat.

MalaysianInsider

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Bai'ah; Zulkifli Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan

dari mStar Selasa November 10, 2009

KUALA LUMPUR : Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.


Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah... tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.




A bit of cheery news about Penan students

Sim Kwang Yang
Wednesday, 11 November 2009 04:43


Whenever we hear about the Penans in Sarawak, it is almost always bad news. The Penans lost their ancestral land to loggers and plantation companies, Penan school girls get raped, and Penans who protested against logging get arrested at their blockades. It seems that no news about the Penans is good news.

Finally, we hear something heart-warming about the Penan community in Sarawak at last. A 19-year-old Penan girl named Damans Panais who was rejected for admission into teacher training college had been given a scholarship to study for a diploma in accountancy in a private college.


The Borneo Post in Sarawak reported her story just days ago, and speculated that the reason for her rejection by the teacher training college is that she still does not have her Mykad.

In an interview with the paper, she said: “I applied for MyKad four times since I was in Primary 6 when the National Registration Department officers visited our village. But my application failed each time and I was asked to re-apply, which I did.”

She said her other four siblings already had their MyKad. Her school, SMK Marudi, had to issue her a temporary identification document when she sat for her SPM last year.

Many do not have MyKad

Damans’ story has opened up deep wounds in the hearts of many rural Sarawakians. Many of them still do not have their Mykad and miss out on enjoying the benefits and rights of their citizen status.

Many of the rural communities live in far flung villages in the vast state of Sarawak where transportation and communication remain primitive in most places. In Damans’ area, they depend heavily on four-wheel drives to travel from point A to point B for many long bumpy hours on muddy timber tracks.

When mothers deliver babies in their remote village, they do not always have the means to make the long journey to the nearest hospital to report the new births, and register those births at the nearest national registration office, which is inevitably located in towns.

A similar situation exists in Sabah, where the problem is worse, because of the apparent ease with which illegal immigrants can procure Mykad while real Sabah natives are reduced to stateless aliens!

The procedure for granting Mykad in cases of late registration is infamously cumbersome in Sarawak. The whole process is mired in a bureaucratic black hole that will swallow up many supporting documents and evidence that goes to prove the authenticity of the identity of the applicant. Approval sometimes can take many years, if ever.

The whole process must be simplified for Sarawak’s rural communities to suit their unique circumstances. Teams of registration officers must be sent out to all rural corners of Sarawak to register all rightful Sarawakians. If money is needed, then the federal government must make the allocation available, in return for the massive financial contribution made by Sarawak to the federal coffer in terms of oil and gas.

In the case of Damans Panais, the party that came to her rescue by awarding her a scholarship is the Interhill group of companies.

Interhill is one of the largest logging concerns in Sarawak, and for decades has been attacked by NGOs and Penan support groups as the culprits behind the destruction of the Penans’ ancestral land in the Baram area. Their employees have been alleged to have raped and sexually harassed Penan school girls.

By awarding a scholarship to Damans, Interhill would have ploughed back some PR capital, in showing that they also care fore the welfare of the Penan children.

One overwhelming problem for rural native students in Sarawak in seeking higher education is that for most of them, their poor farmer parents simply cannot find the financial means to put them through college.

Education - most important factor

It is disappointing therefore to see that the huge corporations in the private sector and the government-linked companies in Sarawak which have reaped astronomical profits out of Sarawak and her people have not been falling over one another in setting up special scholarships and bursaries for deserving and needy rural students from Sarawak’s rural poor to pursue tertiary education.

Another way is for the state government to impose a special tax on all timber logged and exported for the specific purpose of setting up a trust fund to award scholarships to Penan and other native students to further their study in universities and colleges, both local and abroad.

Access to education – especially to tertiary education – is arguably the most critical factor in alleviating rural poverty in Sarawak. At the end of the day, education still affords the most efficient path towards upward social mobility.

Rural graduates who succeed in finding their niche in the working world will not only serve as role models for other parents and children back in the kampong, they may also decide to work for the future of their rural communities through public engagement and social activism.

For once, it is nice to hear a bit of happy news about the Penans. There is more. The Borneo Post also has this to share with us:

“Nine Penan students namely Wendy Ului and Esther Philip from Long Nen, Baram; Jennifer Kawas, Salyndra Anyta, Cecilia Balan, Susan Goro and Joanita Aren John from Long Tepen, Pelutan; Forlin Malang from Long Beluk, Baram; and Beatcsy Geoffery from Long Kerong, Selungoh who are pursuing the diploma in nursing at Segi College received the study incentives.

“Samson Tio from Long Iman in Tutoh, Baram who is pursuing his bachelor’s degree in education at Universiti Tun Abdul Razak also received an incentive.”

They have a bright future ahead of them. I wish them luck in their academic endeavour and pray for their success in life.




Bai'ah talak : "Tiada dalam kepala saya"- Nik Aziz

Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Nov : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, sengaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.


PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Tuesday, November 10, 2009

Pakatan presents key witness for Lingam-Eusoff NZ trip


By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Nov 10 — Pakatan Rakyat MPs today presented the alleged key witness that may support their claims that senior lawyer VK Lingam and former chief justice Tun Eusoff Chin had planned their New Zealand trip together.

They hope the alleged key witness, Lingam’s former secretary Jayanthi Naidu, will prove that the government is attempting to cover up the scandal which has raised suspicions about possible collusion.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had said there was no case to answer and that she (Jayanthi) could not be located. It had also said that Lingam had not broken any laws for fixing judicial appointments as there was no evidence he had a hand in the appointments.

Lingam had claimed he was not the person captured in a video that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim showed in 2007, claiming it was proof that judicial appointments were fixed during Tun Dr Mahathir Mohamad’s reign as prime minister.


MORE TO COME

Kes Linggam : Jawapan Nazri, berkepentingan dan tidak masuk akal

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung Kes Datuk VK Linggam sebagai satu jawapan yang tidak masuk akal.





Tuesday, 10 November 2009 10:00 Editor

KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung Kes Datuk VK Linggam sebagai satu jawapan yang tidak masuk akal.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini 10 November.

Beliau berkata, kenyataan Nazri, di Parlimen semalam, yang mengesahkan percutian bersama Lingam dan Eusoff Chin tidak ada elemen rasuah dan tidak melanggar sebarang undang-undang, membuktikan bahawa sistem penguatkuasaan serta keadilan dinegara ini bermasalah.

Katanya walaupun Nazri bersetuju bahawa yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam namun beliau mengandaikan bahawa Linggam hanya berlagak dan sengaja menunjuk kuasa pengaruh.

”Jawapan ini langsung tidak boleh diterima kerana semasa inkuiri yang dibuat oleh Suruhanjaya DiRaja, Lingam menyatakan bahawa rakaman Video klip tersebut menunjukan orang yang dianggapnya, sebagai serupa dengannya, suaranya juga sama tapi itu bukanlah dirinya.

”jadi disana ada dua fakta yang berbeza berhubung identiti Linggam yang perlu dibuktikan kesahihannya dimahkamah,” kata Ustaz Idris

Selain itu, katanya, PAS juga melihat bahawa saranan Suruhanjaya DiRaja supaya siasatan terhadap individu lain berkaitan kes ini dibuat seolah-olah telah diabaikan kerana tiada laporan rasmi yang dikeluarkan, melainkan jawapan Nazri semalam, yang penuh andaian dan persepsi.

Oleh itu, tegas beliau, PAS sekali lagi mengingatkan intipati hasil siasatan Suruhajaya DiRaja mahu supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

”Lima yang lainnya ialah bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

”Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan,”terangnya.

Beliau kesa kerana jawapan Nazri juga seolah-lah menafikan kewujudan Kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3 (d), yang mengatakan bahawa perbuatan melobi oleh seseorang hakim boleh mencemarkan nama baik Badan Kehakiman.

Oeh itu, katanya, seseorang hakim tidak boleh berkelakuan tidak jujur sehingga mencemar nama Badan Kehakiman.

Ustaz Idris menambah, jawapan Nazri terlalu longgar dan diihat hanya untuk membebaskan Linggam begitu sahaja sedangkan kes ini sewajarnya disiasat dengan teliti.

”Jawapan yang diberikan dalam parlimen boleh dianggap menolak 100 peratus hasil keputusan Suruhanjaya DiRaja yang melihat bahawa terdapat kes yang perlu disiasat dan didakwa dalam Klip Video Linggam ini,”katanya.

Justeru, Ustaz Idris (PAS) yakin lebih ramai pihak, organisasi poltik, NGO dan orang awam yang akan turut mempertikaikan kelemahan jawapan Nazri ini.

Katanya, sesungguhnya keadilan akan tertegak walaupun jutaan penafian dilontarkan bagi menutup bangkai gajah yang sudah lama membusuk didalam Institusi Kehakiman Negara.

”Jelaslah bahawa jawapan Nazri itu mempunyai agenda tertentu yang mana semua yang terlibat dalam kes berkenaan mempunyai hubung kait dengan pemimpin Umno termasuklah Setiausaha Agungnya sekarang iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor,

”kita sudah lali dengan taktik Umno yang menganggap perasuah sebagai dewa dan kebal dari undang-undang, malah ada yang dilantik jadi Menteri Besar dan wakil rakyat demi mempertahankan kedayusan Umno dalam memperhinakan undang-undang negara,”selar Ustaz Idris

Maka dengan itu, bagi pihak PAS, Ustaz Idris sekali lagi mendesak agar kes ini disiasat dan segera dibawa ke mahkamah serta laporan penghakimannya hendaklah diwartakan dalam media bagi memberikan jawapan pada rakyat.

”Inilah peluangnya jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Polis untuk membaiki imej mereka begitu juga dengan institusi Keadilan Negara yang jauh dari kepercayaan rakyat,”tambahnya

BuletinOnline

Bumi here, non-Bumi there! Time to amend the constitution

Tuesday, 10 November 2009 09:21

Ever since her story was broken in the Borneo Post in Sarawak on Oct 29, the story of Marina Undau has stirred up an undercurrent of outrage in the newspapers, on the Internet, and in countless coffee shops throughout Sarawak.

Apparently, Marina was rejected for study in a pre-university matriculation course by the Education Ministry, because she is not considered a “Bumiputra”. Her father is Iban and her mother is Chinese.

Highlighting her case has opened a long-hidden wound among Sarawakians. Thirty percent of marriages in Sarawak every year are inter-racial, and there must be tens of thousands of Sarawak youths who are offspring of mixed marriages between native and non-native parents.

Even if these children of mixed marriages live the native way of life, they are still not considered native enough in some parts of officialdom. They have been consistently denied the privileges and special treatment reserved by the Federal Constitution to help Bumiputra.

They would not be able to get prior consideration when applying for places in public universities and government scholarships, invest in ASB, special rates to buy houses, or tender for contracts in the public sector.

So far, many political leaders from both Barisan Nasional and the opposition parties have come out to express their unhappiness over this state of affair revealed by the shoddy treatment of Marina Undau, who scored 9As 1B in her SPM exam, and so has proven herself worthy and deserving for all the government assistance made available to rural students.

In one of his recent posting on his blog The Broken Shield, Malaysian Mirror’s own Joseph Tawie has this to report:

“Former president of Sarawak Dayak National Union Datuk Daniel Tajem has called all Dayak non-governmental organisations (NGOs) such as the Sarawak Dayak National Union (SDNU), Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Dayak Bidayuh National Association (DBNA), Orang Ulu National Association (OUNA), Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA) and Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI) to organise a seminar on the Marina issue as well as on Articles 161a of the Federal Constitution.”

Article 161a of the Federal constitution stipulates that only children whose parents are both considered Bumiputras can be considered truly native in Sarawak. In Peninsular Malaysia, one Bumiputra parent alone will qualify the children to be considered as native for all official purposes.

By this definition, even the children of such a distinguished native personage as the Dewan Rakyat Deputy Speaker Wan Junaidi Tunku Jaafar are not considered native enough because their mother is a Chinese!

There is no other way forward on this matter except to amend article 161a of the Federal Constitution so as to streamline the definition of a “native” to include all those Sarawakians who have one native parent.

The Federal Constitution is the highest law of the land that defines the legal framework for our nationhood, and should not be amended at the whims and fancies of the legislators.

But the Federal Constitution is also a living growing body of laws that should reflect the changing political reality of our realm.

Whenever any integral part of it has been found to be obsolete, or fallen out of relevance with emerging new reality, then the right amendment can empower the Federal Constitution to bring justice to the people.

Of course, we are fully aware of the fact that the ruling Barisan Nasional do not enjoy a two-third majority in the Dewan Rakyat, and therefore be able to amend the Federal Constitution at will.

But this constitutional amendment as suggested by Sarawak political leaders from both sides of the political divide is likely to receive the support of the opposition Pakatan Rakyat coalition.

All that the BN has to do is to ask for PR support for a bipartisan vote in the Dewan Rakyat on a motion of such a constitutional amendment bill. This might even set a precedent for the two mammoth political coalitions to work together on a joint platform to bring justice to many Sarawakian citizens and voters.

That would indeed bring some substance to the new slogan 1Malaysia so much promoted by Prime Minister Najib Abdul Razak.

Federal politicians must be reminded that Sarawak has 31 parliamentary seats, and together with Sabah, the voters there now hold the key to federal power by the two contending coalitions. At the moment, 30 of the 31 seats in Sarawak are in BN hands, providing 22% of the BN seats in Parliament.

This huge BN fixed deposit in Sarawak cannot be taken for granted forever. A bipartisan constitutional amendment bill initiated by BN with PR tacit support will do much to win the good will of the Sarawakian voters in the next general election expected to be held before 2013.

If that amendment can come about, then the sufferings of Marina Undau and thousands of other Sarawakian kids like her in the past would not have been in vain.




Royalti : Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Nov : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar satu rundingan diadakan supaya kerajaan pusat menukar pemberian wang ehsan kepada royalti.

Sebelum ini, perkara sama dilakukan Nik Aziz sewaktu kali pertama menuntut bayaran royalti negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa ketika memaklumkan perkara itu optimis Najib akan membayar royalti berkenaan setelah berunding dengan kerajaan negeri.

Beliau juga yakin keputusan Najib untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan adalah disebabkan tekanan daripada puak Barisan Nasional di negeri itu yang tidak mahu royalti diberikan kepada rakyatnya.

“Saya yakin Datuk Najib selepas berunding dengan kerajaan Kelantan akan tetap membayar royalti kepada negeri.

"Sekarang saya yakin Najib hanya lakukan satu step pertama (bagi) mengendurkan tekanan politik daripada orang-orang politik Kelantan yang menghendaki bayaran itu tidak dilakukan.

"Ini permainan politik semata-mata, ia bukan berasas kepada undang-undang,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen siang tadi.




Beliau hadir parlimen hari ini bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini.

Beliau berkata, isu tiga batu nautika untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974.

“Beliau akan sentuh semula mengenai royalti dan satu hujah yang digunakan (ialah ) ialah tiga batu nautika yagn tidak ada dalam mana-mana undang-undang. Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika. Tapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” katanya.

Beliau meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali.

Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974.

“Bahawa beliau menekankan akta itu mempunyai dua unsur penting.Yang pertama kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu.

"Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, (iaitu) negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974,” jelasnya.

Unsur yang kedua pula jelasnya adalah selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan.ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar.

Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu:

“Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.

Tegasnya, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat.

Beliau turut mempersoal mengenai laporan tahunan petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen.

“Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara.Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka.

ehsan : tvpas09, Harakahdaily

Saya terpaksa fikir pentas politik, kata Dr Asri

“Jika semua pintu untuk saya bercakap dihalang, melainkan pentas politik, saya terpaksa fikirkan perkara itu,”


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, 9 Nov — Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) tidak menolak kemungkinan keterlibatannya di pentas politik sekiranya ruang itu boleh menjadi platform untuknya bercakap.

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabatnya di sini, tengahari tadi.

“Jika semua pintu untuk saya bercakap dihalang, melainkan pentas politik, saya terpaksa fikirkan perkara itu,” jelasnya sebelum ini tidak pernah berfikir, malah menganggap tiada sebarang keperluan untuknya menyertai politik.

Beliau menegaskan, konsep asal asas perjuangannya adalah dakwah bagi menyampai serta mengembangkan ajaran dan pemikiran Islam secara terbuka dan menyeluruh.

Baginya jika mana-mana kerajaan negeri membuka ruang kepada kelompok pemikir secara tenteram pastinya ia akan dihormati oleh rakyat.

Asri melakukan kunjungan hormat kepada Nik Aziz, antara lain adalah untuk menziarahinya selepas tidak berkesempatan mengunjunginya sewaktu menjalani rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.

Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, baru-baru ini ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Berikutan peristiwa itu beliau mendakwa wujud konspirasi bertujuan menjatuhkan maruah dan imejnya apatah cara penangkapannya seolah-olah menyamai operasi untuk menangkap Nordin Mat Top.

Sementara itu semasa menjawab keterbukaannya untuk menyertai PAS, dan respon Nik Aziz terhadap peristiwa yang mencetuskan kontroversi itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar itu di atas sokongan serta nasihatnya yang penuh berhikmah.

“Kelantan memang sejak dahulu panggil saya, dan tuan guru berhubungan baik dengan saya. Malah sekejap tadi tok guru sebut zaman menuduh orang Wahabi telah dilaluinya, dia kena benda yang sama, dia harap sabar dan menulis bersunggu-sungguh supaya menulis pemikiran tajdid ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak (Pakatan Rakyat) yang dilihatnya setakat ini cuba beri ruang kepadanya.

themalaysianinsider

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Nov : Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

"Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.


Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.

Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.

“Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya.

Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.

Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.

Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.

Harakahdaily

Monday, November 9, 2009

Pesuruhjaya PAS Selangor boleh dilucut jawatan jika didapati bersalah

"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya... itu adalah mengikut peraturan dalam parti,"

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat,"



Isnin November 9, 2009
dari mStar Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA : Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.

"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya... itu adalah mengikut peraturan dalam parti," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat," katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: "Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul...lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia."

Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.

"Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.

"Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi.



Bai'ah talak : PAS Pusat sedang siasat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Nov : PAS sedang menyiasat amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.


Mustafa membuat kenyataan ini bagi mengulas laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai'ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti.

Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai'ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Ia dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Laporan ini pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menurut laporan, PAS menjadikan bai'ah sebegini untuk memastikan tidak ada calon atau wakil rakyatnya yang mengkhianati PAS dengan cara berpaling tadah dan menyokong parti lawan.

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.

AMK demo desak Badrul letak jawatan

dari Mkini Salhan K Ahmad
Nov 9, 09 11:23am


Kira-kira 30 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Angkatan Muda PKR Selangor berdemonstrasi di hadapan bangunan SUK bagi mendesak ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan.

Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mula bersidang hari ini, Badrul Hisham kelihatan duduk di belakang ADUN Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut berhimpun kira-kira setengah jam sejak jam 9.45 pagi ini untuk menyerahkan memorandum dan surat kepada Badrul Hisham.

Bagaimanapun, kerana tidak dapat menemui Badrul Hisham yang sedang berada dalam Dewan, maka mereka menyerahkannya kepada seorang pembantu khas speaker DUN Heng Yong Seng.

Mereka yang berhimpun secara aman, melaungkan slogan antara lain "Badrul tak tahu malu," dan "Badrul letak jawatan," dan "Badrul sila keluar."


Ketua AMK PKR Selangor, Khairul Anwar berkata Badrul Hisham, yang didakwanya berpaling tadah kepada Umno bulan lalu, perlu meletak jawatan segera supaya pilihan raya baru dapat diadakan.

Katanya, Badrul perlu meletak jawatan kerana mendakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih dalam pilihan raya umum 2008.

Bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Khairul berkata ADUN Pelabuhan Klang itu juga telah beberapa kali tidak hadir sidang DUN.

Tambahnya, Badrul juga didapati tidak menghadiri mana-mana program anjuran PKR, manakala peruntukan untuk DUN tersebut juga didakwa "telah dihabiskan dengan cara meragukan."

Ditanya ketika sidang media ringkas selepas itu, Khairul berkata AMK Selangor akan terus mengadakan siri bantahan dan demonstrasi sekiranya Badrul tetap enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Beliau yang kali terakhir bertemu Badrul kira-kira enam bulan lalu, berkata AMK "tidak akan berkompromi lagi" dengan Badrul.

Katanya, pergerakan tersebut bersama pemimpin-pemimpin tertinggi parti cuba "membantu" wakil rakyat tersebut selama ini, namun gagal.

Dalam surat yang dihantar kepada Badrul pula, Khairul berkata prestasi perkhidmatan wakil rakyat tersebut terus mengecewakan, walau telah diberi peluang memperbaiki keadaan.

"Sewajarnya di atas kegagalan saudara ini maka adalah perlu klerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan segera untuk memberi laluan kepada wakil rakyat yang baru," katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham dilhat beredar dari DUN pada kira-kira jam 12 tengahari.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga enggan menjawab soalan pemberita, kecuali menjawab 'sebab keluar parti sudah cakap, tak payah ulas lagi'.