“Ini terjadi pasal UMNO awal lagi kata agama lain, politik lain, Sedangkan Nabi Muhammad SAW, Nabi dia dan Nabi kami juga. Nabi jaga negeri. Imam sembahyang pun dia, panglima perang pun dia dan menteri kewangan pun dia. Semua menteri pun dia. Jadi dalam negeri dan luar negeri semua dia. Jadi macam mana kita nak kata politik lain, kerana Nabi libat semua. Itu dari segi batang tubuh Nabi”
“Kami daripada Pas berdasarkan politik Islam, kami diwajibkan menjaga dunia Allah ini melalui Islam. Kebetulan, sekarang ini kita guna demokrasi. Oleh yang demikian, peluang bagi menjaga dunia, ini melalui pilihan raya. Kami kempen dakwah atau ceramah dan alhamdullilah wajib. Orang nak terima alhamdullilah. Orang tak nak terima apa boleh buat, kami tak boleh rasuah, demokrasi pun kita haram. Kalau kita buat menda haram, kita beri duit, duit itu kita gunakan untuk apa? Beli beras, beras pun jadi haram. Beli minyak kereta, minyak pun jadi haram. Beli teh pun, the jadi haram,”
Sekali Lagi Nik Aziz Menjadi Mangsa
Rakaman video temubual Mursidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mencetuskan kontroversi dengan dakwaan ahli Umno tidak akan masuk syurga didapati tidak mempunyai kenyataaan sebegitu rupa.
Dalam temubual tersebut, Nik Aziz menyeru dan mengajak umat Islam Malaysia untuk sama-sekali tidak memisahkan iman dari kehidupan sehari-hari terutamanya ahli-ahli politik.
Tokoh agama yang disegani kawan dan lawan itu menegaskan para pemimpin politik akan terhindar dari kejahatan seperti rasuah, menzalimi rakyat bawahan dan menindas masyarakat minoriti sekiranya mereka bertaut pada iman.
“Ini terjadi pasal UMNO awal lagi kata agama lain, politik lain, Sedangkan Nabi Muhammad SAW, Nabi dia dan Nabi kami juga. Nabi jaga negeri. Imam sembahyang pun dia, panglima perang pun dia dan menteri kewangan pun dia. Semua menteri pun dia. Jadi dalam negeri dan luar negeri semua dia. Jadi macam mana kita nak kata politik lain, kerana Nabi libat semua. Itu dari segi batang tubuh Nabi” katanya.
Nik Aziz berkata kezaliman dan jenayah pemerintah akan berlaku sekiranya Islam hanya diamalkan secara ritual tanpa pengisian nilai murni Islam itu sendiri seperti keadilan kepada semua, memusuhi rasuah, kesaksamaan semua kaum, dan perlindungan hak orang miskin.
“Kami daripada Pas berdasarkan politik Islam, kami diwajibkan menjaga dunia Allah ini melalui Islam. Kebetulan, sekarang ini kita guna demokrasi. Oleh yang demikian, peluang bagi menjaga dunia, ini melalui pilihan raya. Kami kempen dakwah atau ceramah dan alhamdullilah wajib. Orang nak terima alhamdullilah. Orang tak nak terima apa boleh buat, kami tak boleh rasuah, demokrasi pun kita haram. Kalau kita buat menda haram, kita beri duit, duit itu kita gunakan untuk apa? Beli beras, beras pun jadi haram. Beli minyak kereta, minyak pun jadi haram. Beli teh pun, the jadi haram,” katanya.
Ketika Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir berlangsung, media pro-kerajaan melaporkan bahawa Nik Aziz berkata ahli-ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Dalam laporan media pro-kerajaan, Nik Aziz dituduh sempit, ekstrem, sama seperti kaum Khawarij, dan mengganggap dirinya seolah-olah berkuasa seperti tuhan.
Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor turut menyelar Mursidul Am Pas itu.
Namun rakaman video temubual mendapati Nik Aziz tidak berkata seperti yang didakwa media pro-kerajaan.
“Jadi dalam Al-Quran pula segala apa yang terlibat dengan manusia, hal duit, hal kewangan, akidah, ibadah, hal ini semua ada disebut dalam Al-Quran,” katanya.
Mursyidul Am Pas itu dalam ucapan-ucapannya sebelum ini konsisten menyelar amalan rasuah dan perkauman yang diamalkan pemerintah Umno-BN.
Seruan demi seruan Nik Aziz kepada pemerintah supaya kembali kepada ajaran Islam yang sempurna dengan mengembalikan hak rakyat untuk bebas dari jenayah dan rasuah, penindasan kaum dan agama, dan melindungi kepentingan masyarakat miskin bagaimanapun tidak didengari pemerintah.
Nik Aziz berkata penindasan, asabiyah dan kezaliman sama-sekali tidak selari dengan kesyumulan Islam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar menyangkal tindakan pemerintah menggunakan saluran media untuk kempen mereka.
“Saya juga mengutuk supaya laporan muktahir ini khususnya laporan media eletronik tv Malaysia baik RTM mahupun media prima menyiarkan berita dan kenyataan Tok Guru Nik Abd. Aziz. Saya minta sama ada mereka menyiarkan pertuturan, percakapan Tok Guru bercakap orang UMNO tidak masuk syurga. Kalau betul ada, kita akan lihat sama ada apa yang dimaksudkan itu tepat atau tidak. Tapi jika tidak, mereka harus bersedia menghadapi tindakan mahkamah secara terbuka meminta maaf diulang-ulang khususnya di dalam media elektronik di dalam tv,” katanya.
Terdahulu, pada tahun 2000, Mahfuz pernah difitnah ekoran laporan News Strait Times menyiarkan berita terhadapnya yang bertajuk Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk sekali gus mencalar imej dan kredibilitinya sebagai seorang ahli parlimen.
Selain News Strait Times, beliau turut mengatakan pernah memenangi kes ke atas Utusan Malaysia kerana pernah menyiarkan berita berunsur fitnah dan jahat terhadapnya.
Mahfuz meminta media memainkan peranannya yang sebenar dengan tidak memutar belitkan cerita sebaliknya harus berwibawa dan beretika ketika menulis sebarang laporan berita.
TVA/Kelab GB/tvpas09
Friday, August 21, 2009
Kenyataan diputar belit oleh laporan media pro-kerajaan dan tuduh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ekstrem, sama seperti kaum Khawarij
Si Beruk Nasional pengecut Era Najib-Altantuya cakap kosong : Jumpa ketua beruk nasional nak jadi beruk?
"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya,"
kenyataan si beruk nasional dipetik dari lidah UBN yang baru kena suruh bayar saman fitnah.. kah.. kah... kah... huiks.....
Pemuda Pas, PKR akui sokong calon BN
BUKIT MERTAJAM: Golongan pemuda parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.
"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi.
Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.
"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," katanya.
Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja.
Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN. - Bernama
Calon BN Era Najib-Altantuya digasak bertubi-tubi : Rohaizat nafi beristeri dua, tampilkan 'Hafizah' dedah perkara sebenar
"Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan."Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja,"
sumber : Mkini
Rohaizat nafi dakwaan ada isteri kedua
Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', sepertimana yang didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.
Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya".
Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu adalah "satu pembohongan semata-mata".
"Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.
"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya
Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.'Kenal keluarga Hafiza'
Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.
"Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.
Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Hafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.
Ditanya sekiranya dakwaan ini menimbulkan kerisauan kepadanya, Rohaizat berkata perkara tersebut tidak merisaukannya.
"Saya minta kepada PAS, pembangkang, cukup-cukuplah membuat tuduhan kepada saya. Lepas ini saya tidak akan layan lagi kerana PAS cukup tertekan dengan keadaan kerana tidak dapat sokongan daripada pengundi Permatang Pasir.
"Saya menyeru kepada jentera-jentera BN di Permatang Pasir, peluang untuk menang amat tinggi," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu.
malaysiakini
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia bertemu Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,""Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.
"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi,"
kenyataan TGNA dipetik dari Mkini
Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.
"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.
"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.
"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.
Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.
Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA
malaysiakini/tvpas09
Thursday, August 20, 2009
Al-Kisah Era Madey Mamak ke Era Najib Altantuya : Wak sembab bercerita, jawab isu jual tanah kepada Singapura. Di suatu hari..telefon berbunyi...
"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad),"Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.
Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.
"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.
"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menanggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang,"
LAPORAN SPRM BERHUBUNG KES GADAI TANAH OLEH TAN SRI MUHYIDDIN
Angkatan Muda Keadilan menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan isu penggadaian tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu.Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendakwa pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin sendiri kerana telah menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.
TPM jawab isu jual tanah kepada S'pura
Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi menteri besar Johor.
Katanya, fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan BN."Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam malam tadi.
Timbalan perdana menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingiu di Bandar Tenggara, Johor.
"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.
Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.
Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.
"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.
"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menanggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.
Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu.
ehsan : malaysiakini/TVA/Kelab GB
Calon BN Era Najib-Altantuya Pengkhianat : Rohaizat khianat rakan, UMNO dan Barisan Nasional


Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Aman dekat sini, pagi ini, beliau telah mengatakan rakan kongsinya itu, bukan sahaja mengkhianatinya, bahkan mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan tidak memberitahu perkara yang sebenarnya.
Bekas rakan calon BN tampil bela diri
Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.
Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.
Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.
Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.
Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.
Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.
Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.
Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.
Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.
Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.
Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.
Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.
Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?
Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.
Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?
Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!
Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.
klik berita terdahulu
ehsan : malaysiakini/BuletinOnline
Era Hishamuddin Cium Keris : Dakwa pengendali laman web dan blog yang lakukan kesalahan mengeluar kenyataan persenda agama, lucah, palsu atau hasutan
''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien,""Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama,
ISA dipinda Oktober ini
PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.
Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.
''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.
'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.
''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.
Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.
''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.
''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.
''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.
Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.
''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.
Era Najib-Altantuya Bersumpah : Bersumpah jika perlu - TPM
''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.
''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah,"
sumber : petikan kenyataan wak sembab di Utusan Meloya kah..kah...kah...
Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman akan tampil memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar berhubung isu tindakan Majlis Peguam ke atasnya.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting supaya tidak ada mana-mana pihak lagi yang boleh menyelewengkan fakta sebenar berhubung kedudukan Rohaizat.
''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.
''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat sekitar Permatang Pauh di sini hari ini. Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hasfarizam Harun turut hadir.
Menurut Muhyiddin, Rohaizat bukannya terlibat dalam sebarang pelanggaran undang-undang yang serius seperti kes pecah amanah.
Sebaliknya, kata beliau, Rohaizat dikenakan tindakan oleh badan yang mengawal selia profesion guamannya dan ia sama seperti mana yang berlaku dalam profesion profesional yang lain.
''Atas sebab-sebab tertentu orang itu tak dibenarkan jalankan profesionnya tetapi selepas beberapa tempoh dia akan diterima balik," katanya.
Ditanya tindakan pantas Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan media memaklumkan status Rohaizat, Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak memahami agenda sebenar badan itu.
Katanya, SPR yang bertanggungjawab dalam hal pilihan raya tidak pun membangkitkan apa-apa perkara, sebaliknya Majlis Peguam pula seakan terlalu sibuk.
''Kalau ada pihak lain yang hadapi masalah seperti ini, dia tak pula timbulkan, seolah menyebelahi pihak tertentu. Jadi tentulah ada agendanya.
''Namun saya yakin Rohaizat tidak bersalah kerana kalau dia bersalah dah tentu ada pihak yang bawa dia ke mahkamah dan dakwa dia dengan pecah amanah," ujarnya.
Tambah Muhyiddin, selain itu Rohaizat sendiri sudah menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat pembayaran semula kepada koperasi berkenaan yang jumlahnya mencecah RM140,000.
Katanya, malah surat dari koperasi tersebut yang menyatakan perkara itu telah selesai juga sudah diserahkan kepada pihak tatatertib.
''Justeru kalau telah selesai ia sepatutnya tak berbangkit.
''Saya bukan pakar tetapi saya lihat secara zahir, tak harus berbangkit lagi soal itu," katanya.
Mengenai sama ada isu tersebut mengganggu tumpuan kempen BN, Muhyiddin berkata, perkara itu adalah lumrah.
''Kita juga banyak bahan tentang apa yang berlaku terhadap pembangkang, politik mereka yang secara tidak bermoral, tindakan yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan, buat fatwa yang menyeleweng.
''Jika ikut hukum, itu lebih teruk, kalau dari sudut agama lebih tersongsang berbanding apa yang disebut tentang Rohaizat. Itu yang patut dijelaskan kepada pengundi. Saya lihat ada juga pengundi tahu parti yang mendokong calon adalah BN dan mereka tahu kita boleh membantu memajukan kawasan ini dan atas dasar itu kita masih dapat sokongan mereka," ujarnya.
Yusri Ishak Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Akan Membuat Kejutan
PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi calon UMNO/BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamannya.Bendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.
Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.
Dr. Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.
”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,
”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam ceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.
Sementara itu satu pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh Buletinonline yang memberitahu, Yusri akan mengadakan satu sidang media khusus pada jam 10 pagi, 20 Ogos (hari ini)
Bacaan :
Rohaizat struck off for misconduct - Bar Council
Rohaizat's offence a personal misconduct, Ragunath says
BuletinOnline
Wednesday, August 19, 2009
Akhbar UMNO/BN Era Najib-Altantuya : BH bayar gantirugi RM150 ribu kepada Dato' Mahfuz Omar
Sidang media Datuk Mahfuz Omar berhubung menang kes saman Berita Harian. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".
Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram. Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.
Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.
Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.
Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".
Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.
"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.
"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.
HarakahDaily/tvpas09
Malangnya calon BN Era Najib-Altantuya : Calon BN umpama 'padi basah'
kenyataan Salahuddin Ayub dipetik dari Harakah
PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz
BUKIT MERTAJAM, 19 0gos : PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.
Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.
Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.
Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.
Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.
Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.
Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.
Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.
Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.
Calon BN umpama padi basah
(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.
Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.
"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.
Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.
Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.
Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.
Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.
"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononnya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.
HarakahDaily/jiwokelate2009
Rohaizat, tarik diri atau BN kalah teruk! PAS menang majoriti besar!
Ternyata Rohaizat bukan bukan calon pilihan peringkat akar umbi. Ketua Umno cawangan serta Ketua Pemuda cawangan di DUN Permatang Pasir tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat. Pemimpin UMNO merayu agar pengundi tidak mengulangi kesilapan di Manek Urai dan mahu pengundi kali ini memilih BN dan jika menang Permatang Pasir akan dijadikan 'anak emas' oleh kerajaan Najib. Moral calon sebeginikah yang BN mahu masyarakat setempat dan rakyat pilih?Mahfudz Saran Rohaizat Tarik Diri
- Kredibiliti Rohaizat dipersoal media.
PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.
Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat?
(Gambar - Calon PAS, Ustaz Salleh Man turut hadir dalam sidang media di Markaz Besar hari ini)
Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir
”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz
Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.
Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.
Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannya digantung.
Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.
Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.
Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.
"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.
Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.
BuletinOnline
Naib Presiden PAS vs Naib Presiden UMNO : 24 jam untuk Zahid sahut cabaran Salahuddin debat isu Rohaizat
sumber : lidah UBN
Salahuddin cabar Zahid berdebat isu Rohaizat
BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.
Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.
"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.
Beliau mendakwa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.
Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.
Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa Pas tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka."
Pemerintahan Era Najib-Altantuya : Peralat Tentera Bantu Kempen BN
PAS kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata PAS berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.
Pemerintah Kerah Tentera Bantu Kempen BN
Pas kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.
Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata Pas berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.
Pas demikian itu menuntut Tentera Diraja Malaysia untuk menghormati kedudukan tentera sebagai elemen neutral dan tidak membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di Dun N11.
“Kekuatan angkatan tentera digunakan untuk kepentingan politik dalam pilihanraya. Saya percaya ini semua satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi dan jabatan kerajaan. Sebab saya minta SPR memerhati hal-hal sebegini bagi mengelak penyalahgunaan agensi kerajaan,” katanya.
Mahfuz menjelaskan bahawa penemuan klinik tentera di khemah-khemah Umno menunjukkan bahawa pihak keselamatan turut diheret ke kancah politik bagi membantu kemenangan Umno.
Beliau percaya manipulasi sumber kerajaan ini mempunyai hubungan kait dengan portfolio Menteri Pertahanan yang kini dipegang oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.
Jelas Mahfuz, keadaan yang sama berlaku Pilihanraya kecil di Manek Urai di mana instusi tentera dan polis dikerahkan untuk membantu jentera milik Umno dan BN.
“Ini kali ke 2, di Manek urai dengan satu kertas kerja yang menunjukkan penglibatan secara terang di akui dalam kertas itu bahawa mereka harus berstrategi dalam program-program di bawah angkatan tentera ini supaya tidak dilihat memihak kepada BN tetapi mereka sebenarnya bekerja untuk BN,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut menyatakan kekecewaan dengan sikap Umno-BN mengemukakan calon yang terpalit isu pecah amanah untuk mewakili rakyat Permatang Pasir.
Mahfuz berkata calon BN, Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku melibatkan penyalahgunaan wang RM140,000 wang koperasi milik pekebun kecil getah.
Kata Mahfuz, pemilihan calon yang pernah terlibat dengan tuduhan salahlaku merupakan pilihan terbaik yang dapat diberikan oleh Umno BN kepada pengundi Permatang Pasir.
“Saya sangat kecewa mengemukakan beliau sebagai seorang calon yang mendedahkan diri beliau kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dahulu bahawa beliau sebenarnya dari sudut moral hilang kelayakan sebagai seorang calon. Ini diakui oleh Dato Zahid Hamidi,” katanya.
Mahfuz berkata Pas tidak mahu melakukan serangan peribadi terhadap Rohaizat, tetapi mempersoal kredibiliti Rohaizat untuk memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat.
Katanya, pemilihan Rohaizat sebagai calon di permatang pasir bersalahan dari segi moral sebagaimana yang diakui sendiri oleh pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.
TVA/Kelab GB
Tuesday, August 18, 2009
Akhbar UMNO Era Najib-Altantuya : Tan Sri Mufti, jangan baca akhbar UMNO! Baca Harakah!
Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap."Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar,"
kenyataan Mursyidul Am PAS dipetik dari Harakah
Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
KOTA BAHRU, 18 Ogos : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini."Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
HarakahDaily/tvpas09
Polis Raja Di Malaysia : N Gobalakrishnan berdepan dakwaan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, 28 Sept sebutan kes
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam.Beliau tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan minta dibicarakan. Gobalakrishnan dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjaman.
Kes tersebut akan disebut pada 28 September depan.Beliau dibawa ke mahkamah dengan sebuah ambulans dari hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 11 pagi dan dibawa ke bilik mahkamah dengan menaiki kerusi roda. Tangan kanannya kelihatan dibalut.
Gobala dituduh halang tugas polis
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam.
Beliau tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan minta dibicarakan.Gobalakrishnan dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjaman.
Kes tersebut akan disebut pada 28 September depan.
Beliau dibawa ke mahkamah dengan sebuah ambulans dari hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 11 pagi dan dibawa ke bilik mahkamah dengan menaiki kerusi roda.
Tangan kanannya kelihatan dibalut.
Gobalakrishnan, 49, ditahan semalam selepas terbabit dalam satu pergelutan dengan anggota polis, kerana didakwa menggunakan bahasa kesat terhadap anggota polis dan enggan mematuhi arahan supaya berhenti.
Beliau mendakwa mengalami kecederaan sewaktu ditangkap dan dibawa terus ke hospital.Di hospital beliau juga mengadu sakit dada.
Gobalakrishnan didakwa di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang kakitangan kerajaan melakukan tugas rasminya.
Tuduhan tersebut membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Gobalakrishnan diwakili oleh sepasukan lapan orang peguam yang diketuai ADUN Seri Delima, RSN Rayer.
malaysiakini









6.jpg)
5.jpg)
4.jpg)
3.jpg)
2.jpg)
1.jpg)
.jpg)