Wednesday, November 11, 2009

Petra Raja Kamaruddin dilepas kes menghasut

dari Mkini Nov 11, 09 11:13am

Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.


"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan," kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.

"Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah," kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, memberitahu mahkamah pihak polis masih gagal mengesan penulis blog itu sehingga hari ini.

Sebelum ini penangguhan telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Okt.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web http://www.malaysia-today.net/ pada 25 April 2008. BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List 1

Blog List 2

  • Fix The Broken Hearted - She's trying to fix her broken heart. But her heart keep bleeding. Love is very painful and hurt. Broken heart just didn't heal that fast. It tells us that...
    1 day ago
  • 2009 Google Zeitgeist Fastest Rising In Malaysia : OHBULAN No. 6 - Kata kunci “OH BULAN” baru sahaja disenaraikan oleh Google di dalam kelompok The Fastest Rising bagi tahun 2009, dan kami berada di kedudukan no. 6. Turut ...
    2 days ago
  • Aku ada geng baru .. - Hari ini aku ada staff baru , berbangsa cina . Aku hanya mampu bersyukur kerana dengan ada nya mamat ni aku punya beban kerja kira sedikit sebanyak kuran...
    3 days ago
  • AIDILADHA..... - ** ** *SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM......* *SEMOGA HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH SWT SEPANJANG HAYAT.....* *BERKORBANLAH DI JALAN ALLAH S...
    1 week ago
  • BFF - 0-0 ok? past is past. lets bygones be bygone. Love you friends! p/s: promise me, apa pun terjadi di antara kita pas tok. hope we always be friends la...
    1 week ago
  • jenguk jengah intai lihat - minta dijengukkan sang aku ini sekala sekali di bila-bila yang disudi. minta dijengahkan tanpa benci sekala sekali di masa-masa yang dibagi. minta diintaika...
    2 weeks ago
  • FA 11 'Women In Love' Reviewed - The screening was reviewed candidly by Smita Sharma, we almost lost this brain to America. We welcome you home! Thanks for the review! Photos, albeit a bit...
    1 month ago