Wednesday, November 11, 2009

Mereka sedang pecahkan kita


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Nov : Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.

Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.

Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.

Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List 1

Blog List 2

  • AIDILADHA..... - ** ** *SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM......* *SEMOGA HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH SWT SEPANJANG HAYAT.....* *BERKORBANLAH DI JALAN ALLAH S...
    2 days ago
  • - Salam Aidiladha kepada pengunjung blog aku , Mohazytalk , Kerangeleber , Akane sakura , Jai Jee dan pengunjung lain-lain yang turut menganut agama Islam ...
    2 days ago
  • “Jangan Double Standard” – Isu Akhil Hayy Ceramah Tanpa Tauliah - Akhil Hayy berkongsi pengalamannya ditahan oleh pihak JAIS kerana berceramah tanpa tauliah, kira-kira 3 tahun lalu. Menurut beliau, kes tersebut masih belu...
    3 days ago
  • ~Eye Of Touch's Crew~ - *Photography Session On 22.11.2009.* *Photographed By Cik Ayen Sayy, Ms Adeng, Mr Zaid Iskandar, Mr Mordiani AKA T.T and Mr Zul.* *Models are Mar...
    5 days ago
  • BFF - 0-0 ok? past is past. lets bygones be bygone. Love you friends! p/s: promise me, apa pun terjadi di antara kita pas tok. hope we always be friends la...
    6 days ago
  • jenguk jengah intai lihat - minta dijengukkan sang aku ini sekala sekali di bila-bila yang disudi. minta dijengahkan tanpa benci sekala sekali di masa-masa yang dibagi. minta diintaika...
    1 week ago
  • FA 11 'Women In Love' Reviewed - The screening was reviewed candidly by Smita Sharma, we almost lost this brain to America. We welcome you home! Thanks for the review! Photos, albeit a bit...
    5 weeks ago