Wednesday, November 11, 2009

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Bai'ah; Zulkifli Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan

dari mStar Selasa November 10, 2009

KUALA LUMPUR : Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.


Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah... tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List 1

Blog List 2

  • Motif Aidil Zafuan Larang Rita Berlakon Dalam Drama Suraya - Mungkin sudah tiba masa Aidil tidak senang duduk. Mana tak nya isterinya seorang pelakon. Memang banyak saja tawaran yang diberikan kepada Rita. Namun dala...
    8 hours ago
  • Mood menonton wayang ku dah datang . - Aku lepas kuar lunch , perut kenyang , mata mengantuk ..... rasa takdak mood sangat nak buat kerja , aku berkira kira nak buat tengok movie , belek belek n...
    2 days ago
  • Fix The Broken Hearted - She's trying to fix her broken heart. But her heart keep bleeding. Love is very painful and hurt. Broken heart just didn't heal that fast. It tells us that...
    1 week ago
  • AIDILADHA..... - ** ** *SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM......* *SEMOGA HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH SWT SEPANJANG HAYAT.....* *BERKORBANLAH DI JALAN ALLAH S...
    2 weeks ago
  • BFF - 0-0 ok? past is past. lets bygones be bygone. Love you friends! p/s: promise me, apa pun terjadi di antara kita pas tok. hope we always be friends la...
    2 weeks ago
  • jenguk jengah intai lihat - minta dijengukkan sang aku ini sekala sekali di bila-bila yang disudi. minta dijengahkan tanpa benci sekala sekali di masa-masa yang dibagi. minta diintaika...
    3 weeks ago
  • FA 11 'Women In Love' Reviewed - The screening was reviewed candidly by Smita Sharma, we almost lost this brain to America. We welcome you home! Thanks for the review! Photos, albeit a bit...
    1 month ago