Wednesday, July 1, 2009

Jambatan Pulau Pinang II Terlalu Mahal, Pakatan Gesa Kos Dikaji Semula

Kerajaan digesa mengkaji semula kos projek pembinaan jambatan Pulau Pinang kedua yang menelan belanja RM22 billion hanya untuk fasa satu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata rakyat sudah tentu tidak mampu menanggung kos setinggi itu dan menyarankan BN meneliti semula pelan laluan jambatan itu bagi mengurangkan harga projek.

Projek Jambatan Pulau Pinang II dilancarkan pada November 2006 dan dijangka siap pada Mei 2012.

Jambatan 24 kilometer itu akan menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang.

Pembinaan projek ini bagaimanapun tertangguh ekoran lonjakan kos projek, akibat kenaikan kos bahan binaan serta kegagalan Kumpulan UEM memberikan sebut harga yang tetap.




“Saya tidak menolak rasional meneruskan dengan projek jambatan itu, tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua diteruskan di laluan yang dicadangkan yang menelan belanja yang besar,” kata Anwar.

Projek ini berbilion ringgit ini dibina dengan bantuan pinjaman dari Republik Rakyat China, dalam usahasama Kumpulan UEM dan China Harbour Engineering Co. Ltd (CHEC).

Walaupoun kosnya begitu tinggi, Kerajaan BN sudah pun mengeluarkan surat tawaran RM22 billion kepada CHEH-UEM untuk melaksanakan fasa pertama projek.

Pakatan Rakyat mencadangkan laluan projek ini dialihkan ke bahagian utara Pulau Pinang yang lebih hampir kepada Tanah Besar Semenanjung sebagai cara berkesan untuk mengurangkan kos.

“Berdasarkan kepada maklumat industri yang saya perolehi, ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan supaya meneruskan projek di laluan alternatif dan kalau ini dapat diteruskan ia dapat menjimatkan belanja RM4 bilion ringgit termasuk gantirugi kepada syarikat yang dianugerah projek itu,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar berkata kerajaan perlu komited kepada perbelanjaan yang bijak dan menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat dari projek-projek mega sebegini, supaya ia dilabur kepada sektor kesihatan dan pendidikan.

“Saya sekali lagi pertikai kedegilan kerajaan. Apa komitmen yang mereka buat sehingga mereka tidak mahu ubah perkara ini sedangkan mereka boleh fast-track pembinaan ini. Dari RM4 bilion ini, bayangkan kita boleh bina 400 hospital dan 400 sekolah tetapi sedikitpun tidak dipedulikan,” tegas Anwar.

Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat tidak mempertikai projek ini diteruskan oleh usahasama Kumpulan UEM-China Harbour bahkan berpendapat komitmen usahasama ini diteruskan.

Apa yang ditekankan adalah laluan projek ini ditukar bagi menurunkan kos pembinaan supaya ia tidak membebankan warga Pulau Pinang dalam jangka masa panjang.

“Kita tidak pertikai jika rundingan dijalankan dan mereka bina projek ini di laluan alternatif. Ini lebih viable kerana projek yang dicadangkan ini menelan belanja lebih tinggi dan lebih sukar untuk rakyat pulau pinang bayar kos dengan caj yang lebih tinggi kerana kos yang tinggi,” kata Anwar.

TVA

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List 1

Blog List 2

  • Google Chrome OS-based Netbook: For Real? - Looks like Google is ready to take their Chrome OS to the next level. The rumour mill is currently running...
    2 hours ago
  • Norman Hakim Tak Tahu Malu & Tak Hormat Keluarga Saya – Abby Abadi - Ibu mana yang tidak terguris hati apabila melihat anak sendiri dieskploitasi dalam gambar-gambar yang melibatkan bekas suami dan pasangan baru’nya. Tetapi ...
    1 day ago
  • awesome..... - ** holaaa!!!! lama dah aku tak update blog aku ni, almost sebulan lebih dah rs nya, kering idea n busy sikit lah..... so now aku nak tulis pasal movie yg ...
    2 days ago
  • Thanks God - Think before u talk or mention somebody( eventho its not me). did u never bother someOne life? did u realized that u ever hurt alot of people's before? did...
    3 days ago
  • kalau pun pasti - kalau pun belikatmu terbina dari waja takkan nadimu sekadar berengsel besi; pasti ada walau sedikit mana-- sesuatu yang meraksa tubuh kukuhmu. kalau pun hak...
    3 days ago
  • - Alhamdulillah , kerana kurniaan Allah SWT aku masih lagi mampu meneruskan kehidupan pada tanggal 24 Disember ini ... Bulan di mana banyak keraian , sana...
    5 days ago
  • Fix The Broken Hearted - She's trying to fix her broken heart. But her heart keep bleeding. Love is very painful and hurt. Broken heart just didn't heal that fast. It tells us that...
    3 weeks ago
  • FA 11 'Women In Love' Reviewed - The screening was reviewed candidly by Smita Sharma, we almost lost this brain to America. We welcome you home! Thanks for the review! Photos, albeit a bit...
    2 months ago